Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden, Netanyahu tidak sehaluan selepas PBB undi gencatan senjata

Israel batal lawatan dua penasihat utamanya yang dijadualkan ke AS
Mar 26, 2024 | 03:19 PM



WASHINGTON: Hubungan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu merosot ke paras terendah pada 25 Mac, ekoran tindakan Amerika memberi laluan kepada kelulusan ketetapan gencatan senjata Gaza di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendapat teguran tajam daripada pemimpin Israel itu.


Encik Netanyahu secara tiba-tiba membatalkan lawatan delegasi kanannya ke Washington minggu ini untuk membincangkan serangan Israel di bandar Rafah di selatan Gaza.

Ini selepas Amerika berkecuali dalam undian Majlis Keselamatan yang menuntut gencatan senjata segera antara Israel dengan Hamas dan pembebasan semua tebusan Israel yang masih ditahan militan Palestin.

Penggantungan mesyuarat itu meletakkan halangan besar dalam usaha Amerika yang bimbang tentang bencana kemanusiaan melanda Gaza, untuk mendapatkan Encik Netanyahu mempertimbangkan alternatif kepada pencerobohan darat ke atas Rafah, tempat perlindungan terakhir yang agak selamat untuk rakyat Palestin.

Ancaman serangan sedemikian telah meningkatkan ketegangan antara sekutu lama itu dan menimbulkan persoalan sama ada Amerika mungkin menyekat bantuan ketenteraan jika Encik Netanyahu menentang Encik Biden dan meneruskan rancangannya.

“Ini menunjukkan bahawa kepercayaan antara pentadbiran Encik Biden dengan Encik Netanyahu mungkin akan luput. Jika krisis tidak diuruskan dengan berhati-hati, ia hanya akan terus bertambah buruk,” kata Dr Aaron David Miller, mantan perunding Timur Tengah untuk pentadbiran Republikan dan Demokrat.

Keputusan Encik Biden untuk berkecuali di PBB, yang dibuat selepas berbulan-bulan mematuhi dasar lama Amerika melindungi Israel di badan dunia itu, nampaknya menggambarkan kekecewaan Amerika yang semakin meningkat terhadap pemimpin Israel itu.

Presiden Biden, yang bertanding untuk pemilihan semula pada November, berdepan tekanan bukan sahaja daripada sekutu Amerika tetapi juga daripada semakin ramai rakan Demokrat untuk mengekang tindak balas tentera Israel terhadap serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober.

Encik Netanyahu pula menghadapi cabaran domestiknya sendiri, tidak kurang juga tuntutan ahli gabungan sayap kanannya untuk garis keras menentang Palestin.

Beliau juga mesti meyakinkan keluarga tebusan bahawa beliau melakukan segala-galanya untuk pembebasan mereka sambil berdepan protes yang kerap menggesanya supaya meletak jawatan.

Ketika pejabat Encik Netanyahu mengumumkan pembatalan lawatan delegasinya itu, beliau berkata kegagalan Amerika menggunakan kuasa pembatal ke atas ketetapan itu adalah “pengunduran yang jelas” daripada kedudukannya sebelum ini dan akan menjejaskan usaha perang Israel.

Washington mengelak perkataan “gencatan senjata” sebelum perang hampir enam bulan di Jaluran Gaza dan telah menggunakan kuasa vetonya di PBB untuk melindungi Israel ketika ia bertindak balas terhadap Hamas.

Tetapi ketika kebuluran semakin melanda di Gaza dan di tengah-tengah tekanan global dalam perang yang telah membunuh kira-kira 32,000 rakyat Palestin, Amerika berkecuali atas gesaan untuk gencatan senjata bagi bulan suci Ramadan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >