Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel giatkan kempen darat tentangi Hamas dalam ‘peringkat kedua’ Perang Gaza

Oct 29, 2023 | 05:53 PM



BAITULMAKDIS: Tentera Israel melancarkan operasi darat terhadap Hamas di Gaza pada Ahad dalam apa yang disebut Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, sebagai “fasa kedua” perang tiga minggu yang bertujuan untuk menumpaskan kumpulan militan di Palestin itu.


Penduduk Gaza yang dikepung berdepan dengan situasi di mana hampir keseluruhan komunikasi dan Internet terputus ketika pesawat perang Israel menggugurkan bom dan tentera serta perisainya menolak masuk ke dalam kawasan yang dikuasai Hamas, dengan ketua tentera Israel memberi isyarat bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk serangan darat yang diperluaskan.

Ketika bercakap di sidang media di Tel Aviv pada Sabtu, Encik Netanyahu memberi amaran kepada rakyat Israel untuk menjangkakan kempen “panjang dan getir” tetapi berhenti daripada menganggap pencerobohan semasa itu sebagai satu penaklukan. Beberapa pembantu Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah menasihatkan rakan sejawat Israel untuk menangguhkan serangan habis-habisan, kata pegawai Amerika Syarikat.

Walaupun operasi darat awalnya kelihatan terhad buat masa ini, Encik Netanyahu berjanji akan berusaha untuk membebaskan lebih daripada 200 tebusan, termasuk rakyat Amerika dan warga asing lain, yang dipegang oleh Hamas.

“Ini adalah peringkat kedua perang yang matlamatnya jelas – untuk memusnahkan keupayaan pemerintahan dan ketenteraan Hamas serta membawa pulang tebusan,” kata Encik Netanyahu kepada pemberita.

“Kita hanya ada pada tahap permulaan. Kita akan musnahkan musuh di atas tanah dan di bawah tanah,” katanya.

Israel telah mengetatkan sekatannya dan mengebom Gaza selama tiga minggu sejak dikejutkan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu. Sekurang-kurangnya 1,400 warga Israel terbunuh dalam hari paling dahsyat dalam sejarah 75 tahun negara itu, kata pihak berkuasa Israel.

Negara-negara Barat secara amnya menyokong apa yang mereka katakan sebagai hak Israel untuk mempertahankan diri. Tetapi terdapat bantahan antarabangsa yang semakin meningkat mengenai jumlah korban akibat pengeboman dan semakin meningkat seruan untuk “berhenti seketika demi kemanusiaan” bagi membolehkan bantuan sampai kepada orang awam Gaza dan meredakan krisis kemanusiaan.

Pihak berkuasa perubatan di Semenanjung Gaza, yang mempunyai penduduk seramai 2.3 juta orang, berkata 7,650 rakyat Palestin telah terbunuh dalam kempen Israel untuk menghapuskan militan yang disokong Iran itu.

Presiden Mahmoud Abbas, dengan kepimpinan kuasa Palestinnya mentadbir bahagian Tebing Barat yang diduduki manakala Hamas memerintah Gaza, berkata: “Rakyat kita di Semenanjung Gaza sedang menghadapi perang dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di depan pandangan mata seluruh dunia.”

Dengan banyak bangunan menjadi serpihan runtuhan dan tempat perlindungan yang sukar ditemui, penduduk Gaza kekurangan makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan. Nasib mereka bertambah buruk sejak Jumaat malam apabila perkhidmatan telefon dan Internet dipotong – diikuti dengan pengeboman hebat sepanjang malam. Gangguan komunikasi berterusan hingga Ahad.

“Tuhan tolong sesiapa sahaja di bawah runtuhan,” kata seorang wartawan Gaza, yang menghabiskan malam yang menakutkan di tangga bangunan ketika bom jatuh dan tentera Israel kelihatan berbalas tembakan dengan pejuang Hamas.

Ketua jurucakap tentera Israel enggan menyatakan sama ada Israel dalang di belakang isu pemadaman telekomunikasi di Gaza tetapi berkata ia akan melakukan apa yang diperlukan untuk melindungi tenteranya.

Israel menghantar tentera dan kereta kebal ke Gaza pada Jumaat malam dengan memberi tumpuan kepada prasarana termasuk rangkaian terowong luas yang dibina oleh Hamas, kata tentera Israel. Ia tidak memberikan butiran lanjut mengenai jumlah askar yang dikerahkan.


Pada Sabtu, Encik Netanyahu mengulangi gesaan Israel agar orang awam Palestin mengosongkan utara Semenanjung Gaza di mana Israel menumpukan serangannya kepada apa yang dikatakan sebagai tempat persembunyian Hamas.Tetapi rakyat Palestin mengatakan tidak ada tempat yang selamat, dengan bom juga menghancurkan rumah di selatan wilayah kawasan kediaman mereka.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, berkata: “Bencana kemanusiaan sedang berlaku di depan mata kita.”

Majlis Keselamatan PBB merancang untuk satu pertemuan bagi membincangkan secara lanjut krisis Israel-Gaza, kata beberapa diplomat yang ditemui agensi berita Reuters. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >