Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel jangka ICJ buat keputusan arah operasinya di Rafah dihenti

May 24, 2024 | 4:17 PM
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Sumber diplomatik Israel menjangkakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bakal mengarahkan Israel agar menghentikan serangannya ke atas Rafah atau Jaluran Gaza apabila ia membuat keputusan. - Foto AFP

THE HAGUE (Belanda): Para pegawai Israel dilaporkan menjangkakan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bakal mengarahkan Israel agar menghentikan operasi ketenteraannya di Rafah, selatan Jaluran Gaza.

Akhbar Israel, Hayom melaporkan bahawa sumber diplomatik Israel berkata pakarnya telah menilai terdapat kemungkinan besar Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengeluarkan keputusan berhubung perkara tersebut yang dikemukakan oleh Afrika Selatan.

ICJ, juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, ditetapkan untuk membuat keputusan pada 24 Mei apabila ia bersidang pada 3 petang waktu di The Hague atau 9 malam waktu Singapura, lapor agensi berita.

Berita Harian tidak mendapat laporan terkini keputusan ICJ itu pada waktu akhbar ini dicetak.

Afrika Selatan telah membuat petisyen kepada ICJ supaya mengambil langkah kecemasan supaya mengarahkan Israel “menghentikan operasi ketenteraannya di Jaluran Gaza” termasuk di bandar Rafah, tempat ia sedang melancarkan serangan.

Sumber diplomatik yang dipetik akhbar Hayom berkata dua situasi yang mungkin berlaku adalah, ICJ putuskan Israel mesti menamatkan kempennya di Rafah atau menghentikan serangan di seluruh Jaluran Gaza.

Keputusan bahawa Israel mesti menghentikan perangnya ke atas Gaza mungkin menyekat usahanya untuk meneruskan serangan.

Akhbar Hayom berkata satu kebimbangan adalah bahawa langkah yang diambil ICJ itu mungkin membawa kepada draf ketetapan Majlis Keselamatan PBB yang Tel Aviv memerlukan Washington untuk menyekatnya.

Diminta mengulas, jabatan penerangan ICJ memberitahu media bahawa ia tidak boleh memberi kenyataan mengenai keputusan mahkamah sebelum ia dibacakan di mahkamah.

Ia menambah bahawa perintah ICJ adalah mengikat secara sah ke atas semua pihak dalam kes itu.

Namun, akhbar Hayom berkata tribunal itu “tidak mempunyai kuasa yang mengikat” atau menguatkuasakannya.

Keputusan terhadap Israel akan meningkatkan tekanan undang-undang antarabangsa selepas pendakwa tertinggi ICJ sebelum ini berkata bahawa beliau sedang mendapatkan waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Israel dan Hamas.

Dalam perbicaraan, Afrika Selatan menuduh bahawa apa yang disifatkannya sebagai “pembunuhan beramai-ramai” oleh Israel di Gaza telah memasuki “peringkat baru dan mengerikan” dengan serangannya ke atas Rafah.

Kempen ketenteraan Israel ke atas Rafah adalah “langkah terakhir dalam kemusnahan Gaza dan rakyat Palestinnya”, hujah Encik Vaughan Lowe, seorang peguam yang mewakili Afrika Selatan.

“Rafahlah yang membawa Afrika Selatan ke mahkamah. Tetapi semua rakyat Palestin memerlukan perlindungan daripada pembunuhan beramai-ramai yang boleh diarahkan oleh mahkamah,” tambahnya.

Peguam tertinggi Israel, Encik Gilad Noam, mengecam kes Afrika Selatan itu sebagai “bercerai sepenuhnya” daripada realiti dan itu menjadikan “ejekan” Konvensyen Genosid PBB 1948 yang ia dituduh telah melanggarnya.

Tentera Israel memulakan serangan darat mereka di Rafah awal Mei di sebalik penentangan antarabangsa termasuk daripada sekutu kuatnya, Amerika Syarikat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg