Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel lancar serangan skala besar ketika Blinken tiba di Tel Aviv

Oct 12, 2023 | 05:52 PM



BAITULMAKDIS: Tentera Israel berkata ia sedang melakukan “serangan berskala besar” ke atas kubu Hamas di Gaza pada Khamis ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, tiba di Tel Aviv untuk bertemu pemimpin kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik.


Jet Israel telah menyerang sasaran Gaza selama berhari-hari sebagai tindak balas menyusuli serangan hujung minggu oleh militan Hamas yang merempuh pagar sempadan dan melakukan serangan mengakibatkan 1,300 orang terbunuh dan lebih 2,700 tercedera serta menawan berpuluh-puluh tebusan, kata tentera Israel.

Sekitar 4.30 pagi Khamis, tentera Israel berkata ia sedang melakukan “serangan besar-besaran” ke atas sasaran milik Hamas di Gaza. Ia tidak memberikan butiran.

Media Hamas berkata 15 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel itu.

Saksi melaporkan pesawat Israel mengebom hebat bandar Gaza dan pihak berkuasa Gaza juga melaporkan serangan udara ke atas kem perlindungan Jabalia di utara Gaza.

Media Palestin, memetik Kementerian Kesihatan Gaza, sebagai melaporkan bahawa 1,200 orang telah terbunuh di kawasan itu, dengan kira-kira 5,600 cedera.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, menghantar diplomat tertingginya itu ke Israel untuk menunjukkan sokongan berterusan Washington terhadap Israel, memastikan pembebasan tawanan, termasuk rakyat Amerika, dan menghalang perang yang lebih luas daripada meletus.

Encik Blinken telah bersedia untuk bertemu Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, ketika Washington bersatu dengan sekutunya yang telah melancarkan kempen udara menentang militan Hamas di Gaza.

Beliau yang berada di bawah kawalan keselamatan luar biasa ketat, disambut di lapangan terbang oleh Menteri Luar Israel, Encik Eli Cohen.

Dalam ulasan yang dibuat sebelum berlepas ke Israel, Encik Blinken menekankan sokongan Washington terhadap Israel.

“Amerika Syarikat menyokong Israel. Kami menyokong mereka hari ini, esok. Kami berazam untuk memastikan Israel mendapat segala yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya,” tambah beliau.

Bercakap dalam sidang meja bundar bersama para pemimpin masyarakat Yahudi di Washington, Encik Biden berkata penempatan kapal tentera dan pesawat dekat dengan Israel harus dilihat sebagai isyarat kepada Iran, yang menyokong kumpulan Islam Hamas dan Hezbullah Lebanon.

“Kami mengingatkan orang Iran: Berhati-hati,” kata Encik Biden.

Iran berkata ia tidak terlibat dalam serangan Hamas.

Sementara itu, Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, dan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman, membincangkan konflik itu pada Rabu menerusi panggilan telefon yang pertama melibatkan kedua-dua pemimpin sejak perjanjian yang diketengahkan China antara Teheran dengan Riyadh untuk memulihkan hubungan.

Pemimpin Israel pada Rabu telah membentuk pemerintah perpaduan darurat, berjanji untuk mengetepikan perbalahan politik yang pahit bagi memberi tumpuan kepada perjuangan menentang Hamas.

Pemerintah darurat itu terdiri daripada Encik Netanyahu; ketua parti pembangkang, Encik Benny Gantz; dan Menteri Pertahanan, Encik Yoav Gallant.

Disifatkan sebagai kabinet perang, pemerintah darurat itu akan beroperasi sepanjang peperangan melibatkan Hamas. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >