Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel nafi bom pusat perlindungan PBB di Gaza; terima kecaman AS

Jan 25, 2024 | 02:43 PM



GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahawa kereta-kereta kebal Israel telah menyerang tempat perlindungan besar kelolaannya untuk penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal, menyebabkan “korban besar-besaran”.


Tetapi Israel menafikan tenteranya bertanggungjawab ke atas serangan itu, sebaliknya menyatakan mungkin Hamas yang telah melakukannya.

Menurut PBB, serangan itu melibatkan pusat latihan vokasional yang menempatkan 30,000 rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Khan Younis, bandar utama selatan Gaza pada 24 Januari.

Serangan itu menyebabkan kecaman yang jarang kedengaran dari Amerika Syarikat.

“Korban besar telah berlaku, beberapa bangunan terbakar dan terdapat laporan kematian. Ramai orang cuba melarikan diri dari tempat kejadian, tetapi tidak dapat berbuat demikian,” kata Penyelaras Kemanusiaan PBB untuk Wilayah Palestin, Encik James McGoldrick.

Pengarah hal ehwal Gaza untuk agensi PBB bagi pelarian Palestin, UNRWA, Encik Thomas White, berkata dua das tembakan kereta kebal melanda salah satu bangunan pusat itu di mana kira-kira 800 orang pelarian berlindung. Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 75 cedera.

Ketua agensi itu, Encik Philippe Lazzarini, berkata angka kematian mungkin lebih tinggi.

“Pekarangan itu adalah kemudahan PBB yang ditanda dengan jelas dan koordinatnya dikongsi dengan Pihak Berkuasa Israel seperti yang kami lakukan untuk semua kemudahan kami. Sekali lagi Israel secara terang-terangan mengabaikan peraturan asas perang,” kata Encik Lazzarini.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Vedant Patel, berkata: “Kami kesal dengan serangan ke atas pusat latihan Khan Younis PBB.”

“Orang awam mesti dilindungi dan tempat perlindungan kemudahan PBB mesti dihormati... pekerja kemanusiaan mesti dilindungi supaya mereka boleh terus memberikan bantuan kemanusiaan dan menyelamatkan nyawa,” tambah Encik Patel.

Tentera Israel pada mulanya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan kawasan Khan Younis sebagai pangkalan pejuang Hamas dan mengakui bahawa pertempuran sedang berlaku berhampiran sejumlah besar orang awam.

Dalam kenyataan kedua yang dihantar berikutan kritikan Washington, tentera Israel berkata pemeriksaan terhadap sistem operasinya menolak bahawa tenteranya telah menyerang pusat itu.

Ia menambah bahawa penelitian menyeluruh masih dijalankan untuk mengkaji kemungkinan serangan itu adalah akibat tembakan Hamas.

Sejak serangan Israel bermula pada akhir Oktober, Washington biasanya meminta Israel supaya mendapatkan maklumat tentang sesuatu insiden, tetapi jarang mengkritik secara terbuka seperti tindakan Israel kali ini.

Beberapa jam selepas serangan, kakitangan PBB masih tidak dapat sampai ke kawasan itu dan semua komunikasi terputus.

Tentera Israel telah melancarkan serangan darat terbesar mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan, mengepung bandar itu yang menempatkan ratusan ribu orang yang melarikan diri dari pertempuran di tempat lain di Gaza.

Penduduk mendakwa pengumuman yang memberi amaran kepada mereka untuk beredar hanya dibuat selepas operasi dijalankan dan jalan utama sudah ditutup. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >