Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS gesa Israel lindungi orang awam ketika serbu hospital Gaza

Jan 23, 2024 | 1:41 PM
PERLU LINDUNGI ORANG AWAM: Seorang askar Israel sedang menyiapkan peluru mortar untuk diluncurkan dekat sempadan Gaza pada 22 Januari.
PERLU LINDUNGI ORANG AWAM: Seorang askar Israel sedang menyiapkan peluru mortar untuk diluncurkan dekat sempadan Gaza pada 22 Januari. - Foto REUTERS

GAZA: Amerika Syarikat terus menggesa Israel supaya melindungi orang awam di hospital, kakitangan perubatan dan pesakit ketika tentera Israel menyerbu sebuah hospital dan mengepung yang lain ketika mereka mara jauh ke barat Khan Younis di Gaza.

Penduduk berkata pengeboman dari udara, darat dan laut adalah yang paling hebat dilakukan tentera Israel di selatan Gaza sejak perang bermula pada Oktober.

Tentera Israel bergerak buat pertama kali ke daerah Al-Mawasi berhampiran pantai Mediterranean, barat Khan Younis, bandar utama di selatan Gaza.

Di sana, mereka menyerbu Hospital Al-Khair dan menahan kakitangan perubatan, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Encik Ashraf al Qidra.

Tiada sebarang berita daripada Israel mengenai situasi di hospital itu dan pejabat jurucakap tentera tidak memberi sebarang komen. Tentera berkata kemudian bahawa tiga askar Israel terbunuh pada 22 Januari di selatan Gaza.

Encik Qidra berkata sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh pada malam 21 Januari di Khan Younis, manakala pengepungan di kemudahan perubatan bermakna berpuluh-puluh orang mati dan cedera kerana tidak sempat diselamatkan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik John Kirby, berkata pada 22 Januari bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya tetapi menambah:

“Kami menjangkakan mereka berbuat demikian mengikut undang-undang antarabangsa dan untuk melindungi orang yang tidak bersalah di hospital, kakitangan perubatan dan pesakit juga.”

Israel berkata militan Hamas beroperasi di dalam dan sekitar hospital. Hamas dan kakitangan perubatan menafikannya.

Israel melancarkan serangan minggu lalu ke atas Khan Younis kerana bandar itu adalah ibu pejabat utama militan Hamas yang bertanggungjawab ke atas serangan 7 Oktober ke atas selatan Israel yang membunuh 1,200 orang.

Israel telah berikrar untuk menghapuskan Hamas. Serangan balasnya yang berterusan telah membunuh lebih 25,000 penduduk Gaza, kata pihak berkuasa kesihatan wilayah itu.

Kebimbangan antarabangsa semakin memuncak terhadap jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas kawasan yang padat penduduk dan krisis kemanusiaan yang semakin genting di Gaza. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg