Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel sahkan tidak sertai gimnastik dunia selepas Indon nafikan visa

Oct 15, 2025 | 3:49 PM
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland, mengesahkan pada 14 Oktober bahawa ia telah menerima dua rayuan yang dikemukakan oleh Persekutuan Gimnastik Israel.
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland, mengesahkan pada 14 Oktober bahawa ia telah menerima dua rayuan yang dikemukakan oleh Persekutuan Gimnastik Israel. - Foto: REUTERS

Israel mengesahkan ia tidak akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia di Jakarta selepas atletnya dinafikan visa, dengan Persekutuan Gimnastik Israel (IGF) menyifatkan keputusan itu mengejutkan dan menyayat hati.

Indonesia berkata pada 10 Oktober bahawa ia telah menafikan visa kepada gimnas Israel di tengah-tengah bantahan terhadap serangan tentera Israel di Gaza.

Ini menyebabkan atlet Israel kehilangan tempat dalam kejohanan dunia yang bermula pada 19 Oktober di negara majoriti Islam terbesar di dunia, yang tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Israel.

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengesahkan pada 14 Oktober bahawa ia telah menerima dua rayuan yang dikemukakan oleh Persekutuan Gimnastik Israel.

Namun, CAS menolak rayuan pertama berhubung penolakan visa Indonesia, dengan alasan kekurangan bidang kuasa.

Kes kedua yang mahu memaksa Persekutuan Gimnastik Antarabangsa memastikan penyertaan Israel atau memindahkan acara itu masih belum selesai.

Mahkamah, bagaimanapun, menolak permintaan untuk langkah sementara segera dan Setiausaha Agung IGF Encik Sarit Shenar mengesahkan bahawa harapan Israel untuk penyertaan telah berakhir.

“Untuk kejohanan dunia ini, nampaknya kita telah berada di penghujung jalan. Jadi kita tidak boleh, walau apa pun yang akan berlaku kepada gimnas, kita tidak boleh memuaskan hati mereka.

“...untuk sukan Israel pada masa depan, untuk sukan dunia masa depan, saya mahu melihat keputusan tegas yang tidak memberi ruang untuk keputusan sedemikian bagi mana-mana jenis sukan kepada mana-mana negara, kepada mana-mana persekutuan antarabangsa.

“Saya benar-benar berharap CAS akan memberikan keputusan yang tegas yang akan menakutkan sesiapa sahaja yang mempunyai idea gila untuk mendiskriminasi mana-mana atlet dari mana-mana negara atas apa jua sebab,” tambah Encik Shenar

Indonesia memutuskan untuk tidak mengeluarkan visa kepada atlet Israel, kata Menteri Kanan Undang-Undang Encik Yusril Ihza Mahendra, memetik bantahan daripada kumpulan seperti majlis ulama Islam dan pemerintah di Jakarta.

Perang Gaza telah mendapat keritikan hebat di Indonesia, walaupun selepas gencatan senjata baru-baru ini berkuat kuasa.

Gencatan senjata telah menghentikan dua tahun peperangan dahsyat yang dicetuskan oleh serangan Hamas paga 7 Oktober 2023 yang membunuh sekitar 1,200 orang dan menawan 251 tebusan.

Serangan balas dan berterusan tentera Israel di Gaza membunuh hampir 68,000 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, dengan ribuan lagi dikhuatiri mati di bawah runtuhan. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg