Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KONFLIK ISRAEL-PALESTIN

Israel sedia izin penduduk pulang ke utara Gaza

Apr 11, 2024 | 04:21 PM



KAHIRAH: Dalam rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung di Kahirah, Israel dilaporkan bersetuju dengan konsesi berhubung kepulangan rakyat Palestin ke wilayah utara Jaluran Gaza.


Bagaimanapun, pegawai Israel percaya Hamas yang mentadbir Gaza, enggan mencapai perjanjian, ujar sumber yang rapat dengan rundingan itu.

Dua pegawai yang memahami rundingan itu mendedahkan bahawa di bawah cadangan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat, Israel akan membenarkan kepulangan 150,000 rakyat Palestin ke utara Gaza tanpa tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan.

Sebagai pertukaran, Hamas dikehendaki menyediakan senarai tebusan wanita, warga emas dan yang sakit dalam tahanannya.

Meskipun pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, enggan mengulas mengenai perkara tersebut, Hamas menyatakan pada 9 April bahawa cadangan terkini yang disampaikan oleh pengantara Mesir dan Qatar tidak memenuhi tuntutannya.

Bagaimanapun, kumpulan itu menyatakan bahawa mereka akan tetap meneliti lebih lanjut cadangan tersebut sebelum memberikan maklum balas rasmi.

Pegawai Israel menyatakan pihaknya percaya Hamas masih belum bersedia mencapai persetujuan gencatan senjata.

Walaupun Israel menawarkan konsesi demi kepentingan mewujudkan gencatan senjata sementara, keengganan Hamas untuk menerima terma tersebut menunjukkan rundingan lanjut mungkin diperlukan bagi mencapai penyelesaian.

Dengan peperangan masuk bulan ketujuh, Hamas mahu tentera Israel menamatkan serangan, mengundurkan tentera dari Gaza dan membenarkan pelarian Palestin pulang ke tempat asal masing-masing.

Matlamat segera Israel dalam mencapai perjanjian gencatan senjata adalah untuk membebaskan 240 tebusan yang ditahan Hamas dalam serangan rentas sempadan pada 7 Oktober.

Baki 130 tebusan dipercayai masih dalam tahanan Hamas selepas kumpulan itu membebaskan sebahagian daripada mereka dalam gencatan senjata pada November.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan balas dan berterusan Israel sejak hampir tujuh bulan lalu telah membunuh lebih 33,000 rakyat Palestin dan mengakibatkan 75,000 yang lain cedera.

Perang itu juga menyebabkan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk terpaksa hidup berpindah-randah bagi mencari perlindungan di wilayah Gaza yang hampir musnah bak padang jarak padang tekukur.

Lebih sejuta penduduk Palestin kini berlindung di Rafah – kawasan terakhir yang dikatakan selamat – tetapi kini di ambang ancaman serangan Israel.

Di sebalik gesaan dunia supaya gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza, Israel tetap berikrar mereka tidak akan menamatkan perang sehingga Hamas tidak lagi mengawal Gaza atau mengancam keselamatan Israel.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 28 Mac mengarahkan Israel agar bertindak dan mengambil langkah yang diperlukan demi memastikan bekalan makanan asas dapat diterima warga Palestin yang dibelenggu konflik, supaya kebuluran tidak berleluasa di Gaza

Ini sedang tentera Israel dan Hamas masih beluam mencapai sebarang bentuk persetujuan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >