Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Dunia arah Israel henti kebuluran di Gaza, Hamas gesa gencatan senjata segera

Mar 29, 2024 | 08:29 PM



KAHERAH: Mahkamah Dunia, pada 28 Mac, mengarahkan Israel bertindak dan mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan bekalan makanan asas diterima warga Palestin yang dibelenggu konflik supaya kebuluran tidak berleluasa di Gaza

Pemimpin Hamas di Gaza pula berkata gencatan senjata segera diperlukan untuk menghentikan krisis kemanusiaan tersebut.

Arahan kepada Israel itu dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sedang tentera Israel dan Hamas

Arahan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu dikeluarkan sedang tentera Israel dan Hamas bertempur di sekitar Hospital Al-Shifa di Gaza.

Panel hakim di ICJ berkata orang ramai yang berada di kawasan pesisiran pantai itu sedang mengalami keadaan yang semakin teruk.

“Mahkamah mendapati bahawa warga Palestin di Gaza bukan sahaja menghadapi risiko kebuluran (...) tetapi masalah kebuluran sudah pun dihadapi,” kata hakim.

Langkah terbaru itu diusulkan Afrika Selatan sebagai sebahagian daripada kesnya di mana ia menuduh Israel melakukan genosid di Gaza.

Pegawai kanan Hamas, Encik Basem Naim berkata langkah itu tidak berkesan dan Israel perlu diarahkan supaya mengakhiri serangan tenteranya bagi menghentikan kesengsaraan yang dihadapi warga Palestin.

“Kami mengalu-alukan sebarang tuntutan baru untuk mengakhiri tragedi kemanusiaan di Gaza dan terutama sekali di kawasan utara Jaluran Gaza, tetapi kami berharap mahkamah mengarahkan gencatan senjata sebagai penyelesaian mutlak kepada semua kesengsaraan yang dialami warga kami di Gaza,” kata Encik Naim.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengundi pada 25 Mac untuk menuntut gencatan senjata segera dan pembebasan semua tebusan dengan serta merta tanpa syarat.

Amerika Syarikat berkecuali daripada pengundian yang dijalankan, namun tidak melaksanakan veto untuk mengadang resolusi itu.

Kementerian Luar Israel tidak memberikan sebarang komen segera terhadap keputusan Mahkamah Dunia.

Menurut Israel sebelum ini, ia sedang menjalankan usaha memperluas akses bagi kumpulan kemanusiaan, melalui laluan udara dan laut.

Menurut pemimpin Israel, Hamas boleh mengakhiri konflik itu jika ia menyerah dan membebaskan semua tebusan yang ditahan di Gaza.

Tentera Israel berkata ia terus beroperasi di kawasan Hospital Al-Shifa di Gaza City selepas menyerang kawasan itu lebih seminggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >