Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel sedia perang di kawasan lain

Apr 12, 2024 | 11:35 AM



BAITULMAKDIS: Tatkala Israel meneruskan peperangannya di Gaza, ia turut bersiap sedia untuk senario di kawasan lain, kata Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, di tengah-tengah kebimbangan bahawa Iran sedang membuat persiapan untuk menyerang Israel bagi membalas pembunuhan komander kanannya.


“Sesiapa yang mencederakan kami, kami akan mencederakan mereka.

“Kami bersedia memenuhi semua keperluan keselamatan Israel, baik secara pertahanan mahupun serangan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya selepas lawatannya ke pangkalan tentera udara Tel Nof di selatan negara itu.

Israel telah bersiap sedia untuk kemungkinan tindakan balas Iran atas pembunuhan seorang jeneral kanan dan enam lagi pegawainya dalam serangan udara di pekarangan kedutaan negara itu di Damsyik, Syria, pada 1 April.

Israel tidak menyatakan ia bertanggungjawab tetapi pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, berkata Israel “mesti dihukum dan ia akan menjadi” dalam bentuk serangan.

Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda, Daniel Hagari, berkata orang awam tidak diberitahu supaya membuat sebarang persiapan khas, tetapi menambah Israel “sangat bersedia bagi pelbagai senario”.

Encik Netanyahu membuat kenyataannya ketika tentera Israel dan pesawat pejuangnya memulakan operasi di tengah Gaza untuk memusnahkan prasarana kumpulan Palestin itu.

Kebanyakan askar Israel telah ditarik keluar dari Gaza sebagai persediaan untuk melancarkan serangan ke atas bandar Rafah di selatan wilayah Palestin itu, tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung.

Penduduk berkata kumpulan Hamas terlibat dalam pertempuran dengan tentera Israel, yang menyerang kawasan utara dan selatan kem pelarian Al-Nuseirat. Serangan udara, darat dan laut Israel memusnahkan beberapa bangunan, termasuk dua masjid, kata mereka.

“Ia seolah-olah tentera melancarkan perang baru,” kata Encik Raouf Abed, 20 tahun, di aplikasi sembang dari Deir Al-Balah, di selatan kem pelarian Al-Nuseirat.

Di Lebanon, tentera berkata jet Israel menyerang sasaran tentera Hezbollah di Meiss el Jabal, Yarine, dan Khiam serta pos pemerhatian Hezbollah di Marwahin dan sebuah lagi kompleks di Al-Dahira, di selatan Lebanon. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >