Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keretakan Biden-Netanyahu timbulkan isu bekalan senjata Amerika ke Israel

Mar 13, 2024 | 12:01 PM



WASHINGTON: Perpecahan yang semakin mendalam antara Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menimbulkan persoalan sama ada Amerika mungkin menyekat bantuan ketenteraan jika Israel meneruskan serangan darat di selatan Gaza.


Ketegangan antara kedua-dua pemimpin itu telah menambah momentum kepada perbincangan dalam pentadbiran Amerika tentang bagaimana ia boleh menggunakan pengaruhnya untuk meyakinkan Israel supaya melakukan lebih banyak lagi bagi memudahkan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengelak lebih ramai korban awam Palestin dalam perangnya menentang Hamas, kata pegawai Amerika.

Sumber kekuatan terbesar Encik Biden ialah bekalan senjata Amerika. Beliau telah menolak menggunakannya, walaupun Encik Netanyahu bertindak balas terhadap rayuan Washington dan meningkatkan seruan daripada beberapa rakan presiden daripada parti Demokrat.

Tetapi dengan Encik Biden menunjukkan tanda-tanda kekecewaan yang semakin meningkat terhadap Encik Netanyahu, pegawai Amerika tidak menolak kemungkinan perubahan dalam dasar termasuk meletakkan syarat pada bantuan ketenteraan jika Israel melaksanakan pencerobohan ke atas Rafah di selatan Gaza.

Pemilihan semula Encik Biden sebagai calon Demokrat bagi pilihan raya 2024 Amerika turut merumitkan usahanya untuk melakar strategi.

Pembantunya mengakui bahawa beliau perlu mengelak daripada memberi Republikan isu untuk dimanfaatkan pengundi pro-Israel, dalam pada usaha menghentikan penghakisan sokongan daripada golongan Demokrat progresif yang kecewa dengan sokongan kuatnya terhadap Israel.

Sebarang keputusan Encik Biden, yang menggelar dirinya sebagai ‘Zionis’, untuk bertegas dengan Israel akan bertentangan dengan sejarahnya yang sudah berdekad lama menjadi penyokong setia negara itu.

“Tidak kira bagaimana anda mengurangkannya, Biden terikat dalam cara beliau menangani krisis ini,” kata bekas perunding Timur Tengah untuk pentadbiran Republikan dan Demokrat, Encik Aaron David Miller.

Tiada tanda-tanda sebarang keputusan telah dibuat mengenai sekatan bekalan senjata sekiranya berlaku pencerobohan Rafah, di mana Encik Biden telah memberi amaran bahawa ia tidak boleh berlaku tanpa rancangan Israel untuk melindungi orang awam di sana.

Lebih separuh daripada penduduk Gaza kini berlindung di sekitar Rafah.

Encik Biden mungkin membayangkan pemikirannya dalam temu bual dengan saluran berita televisyen, MSNBC pada hujung minggu dengan menegaskan pencerobohan Rafah akan menjadi “garisan merah”.


Beliau berkata pertahanan Israel adalah “kritikal” dan tidak mungkin “saya akan menyekat semua senjata supaya mereka tidak mempunyai Kubah Besi (sistem pertahanan peluru berpandu) untuk melindungi mereka”.

Encik Biden tidak secara jelas memberi jaminan sedemikian mengenai senjata ofensif.

Ia menambah spekulasi dalam laporan media bahawa senjata sedemikian boleh disertakan jika beliau mengenakan syarat ke atas Israel yang sangat bergantung pada peralatan senjata buatan Amerika.

Sebarang sekatan ke atas senjata ofensif boleh meletakkan Israel pada risiko yang lebih besar jika perang meletus dengan militan Hezbollah di Lebanon di sempadan utaranya atau Iran, yang menyokong kedua-dua Hamas dan Hezbollah, dalam konflik itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >