Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel setuju henti operasi tentera empat jam di Gaza: Rumah Putih

Nov 10, 2023 | 03:04 PM



GAZA/WASHINGTON: Israel telah bersetuju untuk menghentikan operasi ketenteraan di utara Gaza selama empat jam setiap hari bagi membolehkan orang ramai melarikan diri dari tempat pertempuran, umum Rumah Putih, yang menyebutnya sebagai satu langkah ke arah yang betul.


Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat, Encik John Kirby, berkata tempoh henti kemanusiaan pertama itu diumumkan pada Khamis, sambil menambah bahawa Israel terikat untuk mengumumkan setiap tempoh empat jam itu sekurang-kurangnya tiga jam lebih awal.

“Kami telah diberitahu oleh Israel bahawa tidak akan ada operasi ketenteraan di kawasan itu sepanjang tempoh henti dan proses ini bermula hari ini,” kata Encik Kirby.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, memberitahu wartawan bahawa beliau telah meminta Israel untuk “tempoh henti lebih daripada tiga hari” semasa rundingan mengenai pembebasan beberapa tawanan yang ditahan kumpulan Hamas, tetapi beliau menolak kemungkinan gencatan senjata penuh.

Encik Kirby menjelaskan tidak akan ada gencatan senjata antara Israel dengan Hamas, dengan berkata itu akan membantu Hamas “mengesahkan apa yang mereka lakukan” pada 7 Oktober, “dan kami tidak akan menyokong itu pada masa ini”.

Encik Biden telah meminta Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, agar memulakan tempoh henti harian itu semasa satu panggilan telefon pada Isnin.

Encik Biden, ketika ditanya sama ada beliau kecewa dengan Encik Netanyahu di atas kelewatan dalam memulakan tempoh henti kemanusiaan, berkata: “Ia mengambil masa lebih lama daripada yang saya harapkan”.

Sementara itu, Israel berkata ia tidak menyatakan persetujuan kepada sebarang gencatan senjata, tetapi akan terus membenarkan henti ringkas dan terhad untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihulurkan.

“Tiada gencatan senjata, saya ulangi tiada gencatan senjata. Apa yang kami lakukan, tempoh empat jam itu, ini adalah taktikal, henti terhad untuk bantuan kemanusiaan,” kata jurucakap tentera Israel, Encik Richard Hecht.

Encik Taher al-Nono, penasihat politik kepada pemimpin Hamas, Encik Ismail Haniyeh, pada Khamis berkata rundingan yang tidak dinyatakan sedang diteruskan dan tiada perjanjian telah dicapai dengan Israel setakat ini.

Beliau tidak memberi butiran lanjut dalam kenyataan yang disiarkan di saluran Telegram kumpulan itu.

Sementara itu, Lintasan Rafah antara Gaza dengan Mesir dibuka semula pada Khamis untuk membenarkan bilangan terhad mangsa yang cedera dan pemegang pasport asing keluar, kata seorang pegawai Palestin kepada AFP.


Sebahagian besar 2.4 juta penduduk Gaza tidak dapat melarikan diri daripada konflik itu, yang meletus antara Hamas dengan Israel pada 7 Oktober.

Pengarah media lintasan itu di sebelah Palestin berkata Rafah “dibuka semula untuk memindahkan yang cedera, untuk warga asing keluar dan untuk trak bantuan masuk”.

Seorang jurugambar AFP di sebelah Mesir melihat mangsa di atas pengusung dipindahkan ke ambulans, serta kanak-kanak dan orang dewasa berjalan melintasi sempadan itu.


Lintasan dihentikan buat kali kedua pada Rabu kerana Israel enggan meluluskan senarai mangsa cedera yang perlu dipindahkan, yang telah dihantar oleh pemerintah Hamas ke Mesir.

Laluan itu sebelum ini ditutup pada 3 dan 4 November atas sebab yang sama.

Lebih 2,000 orang dengan pasport asing telah memasuki Mesir pada November, menurut pihak berkuasa lintasan Palestin.

Dalam tempoh sama, 107 mangsa yang cedera, 13 penghidap barah dan 90 pesakit telah dapat meninggalkan Gaza.

Kementerian kesihatan di Gaza memberi amaran pada Khamis bahawa pemindahan berlaku terlalu perlahan.

“Sebilangan besar kes serius mesti keluar segera, sebelum mereka kehilangan nyawa mereka sementara menunggu,” kata satu kenyataan kementerian itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >