Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Palestin mesti tadbir sendiri Gaza selepas perang: Amerika

Nov 09, 2023 | 03:00 PM



GAZA: Sedang pertempuran darat semakin sengit di Bandar Gaza dengan militan Hamas menggunakan terowong untuk menyerang hendap tentera Israel, Amerika Syarikat berkata rakyat Palestin mesti mentadbir urus Gaza selepas perang.


Kenyataan Amerika itu sekali gus menyanggah komen Israel sebelum ini bahawa ia akan mengawal keselamatan Gaza buat selama-lamanya.

Tentera Israel berkata tenteranya telah mara ke tengah-tengah Bandar Gaza, kubu utama Hamas dan bandar terbesar di kawasan pinggir laut. Sebaliknya, kumpulan itu berkata anggotanya telah menyebabkan tentera Israel mengalami kekalahan besar.

 Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menegaskan pihaknya tidak sama sekali menyokong penjajahan tentera Israel di Jaluran Gaza selepas konflik antara Isreal dengan Hamas berakhir. Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap keselamatan negara Rumah Putih, Encik John Kirby.

Lapor Al Jazeera, Encik Kirby memaklumkan Encik Biden berpandangan tindakan Israel yang mahu melakukan penjajahan semula di Gaza adalah sesuatu yang tidak betul.


Sayap bersenjata Hamas pada Rabu mengeluarkan video yang kelihatan menunjukkan pertempuran jalanan yang sengit di samping bangunan yang dibom di Bandar Gaza.

Kereta kebal Israel telah mendapat tentangan hebat daripada anggota militan Hamas yang menggunakan terowong bawah tanah untuk melancarkan serangan hendap, menurut sumber dengan Hamas yang disokong Iran.

Israel menyerang Gaza sebagai tindak balas kepada serbuan rentas sempadan Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober yang menyaksikan 1,400 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam, dan menahan lebih 240 orang sebagai tebusan. Israel bertekad memusnahkan kumpulan Hamas itu.

Kementerian Kesihatan Gaza yang dikawal Hamas, menyatakan 10,569 orang Palestin telah terbunuh setakat Rabu. Daripada jumlah itu, 40 peratus adalah kanak-kanak. Israel pula berkata 33 askarnya telah terbunuh.

Ketika perang Israel-Hamas memasuki bulan kedua, Washington telah mula berbincang dengan pemimpin Israel dan Arab mengenai masa depan Jaluran Gaza tanpa pemerintahan Hamas.

Walaupun ia masih di peringkat rancangan, Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, menggariskan jangkaan Washington untuk wilayah pantai yang dikepung itu.

“Tiada pendudukan semula Gaza selepas konflik berakhir. Tiada percubaan untuk menyekat atau mengepung Gaza. Tiada pengurangan dalam wilayah Gaza,” kata Encik Blinken pada dalam satu sidang akhbar di Tokyo, Jepun, pada Rabu.

Menurutnya, mungkin terdapat keperluan untuk “beberapa tempoh peralihan” pada akhir konflik, tetapi tadbir urus pascakrisis “mesti termasuk tadbir urus yang dipimpin Palestin dan Gaza bersatu dengan Tebing Barat di bawah Penguasa Palestin.”

Pada Isnin, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, memberitahu ABC News bahawa Israel “untuk tempoh yang tidak ditentukan” akan mempunyai tanggungjawab keselamatan untuk Gaza selepas perang berakhir.


Pegawai Israel sejak itu cuba menjelaskan bahawa mereka tidak berhasrat untuk menduduki Gaza selepas perang, tetapi mereka masih belum menyatakan bagaimana mereka boleh memastikan keselamatan tanpa mengekalkan kehadiran tentera. Israel menarik balik tenteranya dari Gaza pada 2005.

Penguasa Palestin (PA), yang menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di bahagian Tebing Barat yang diduduki Israel, berkata Gaza, tempat Hamas memerintah sejak 2007, adalah sebahagian daripada apa yang dibayangkan untuk negara Palestin masa depan.

Encik Khalil al-Hayya, anggota kepimpinan Hamas, memberitahu New York Times bahawa serangan kumpulan itu ke atas Israel bertujuan untuk menghancurkan status quo dan membuka lembaran baru dalam perjuangannya menentang Israel.


Ketua jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, berkata bahawa “Hamas telah hilang kawalan di utara” Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >