Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel siasat universiti di Gaza musnah dibom

Jan 24, 2024 | 01:09 PM



GAZA: Selepas video tular mengenai sebuah universiti diletupkan oleh Israel di Gaza yang menarik kecaman Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, Angkatan Tentera Israel (IDF) berkata pada 21 Januari bahawa ia akan menyiasat insiden tersebut.


Siasatan itu melibatkan proses kelulusan letupan terkawal Universiti Israa di Jaluran Gaza minggu lalu.

Rakaman yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan letupan besar-besaran di Universiti Israa, mendorong pentadbiran Presiden Amerika, Encik Joe Biden, meminta penjelasan Israel.

Menjawab pertanyaan media, IDF berkata: “Keruntuhan bangunan dan proses kelulusan untuk letupan sedang disiasat oleh IDF.”

Ia berkata hasil siasatan akan dibentangkan kepada Ketua Staf IDF, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, dalam beberapa hari akan datang.

Menurut siasatan awal tentera, bangunan universiti dan kawasan sekitarnya telah digunakan oleh Hamas “untuk aktiviti ketenteraan menentang pasukan kami”, tambah IDF.

Selepas mengumumkan bahawa pihak pentadbiran akan menyiasat kejadian itu, jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller, berkata walaupun beliau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk mengulas lanjut, namun beliau menyatakan bahawa Hamas kerap menggunakan infrastruktur awam untuk tujuan ketenteraan.

Agensi berita Palestin, Chronicle, berkata struktur yang disasarkan menempatkan kampus bagi jurusan yang membawa kepada peringkat siswazah dan sarjana muda, serta Muzium Negara.


Dalam satu kenyataan akhbar, Universiti Israa berkata serangan itu melangkaui bangunan utama yang turut menempatkan Muzium Negara, yang mengandungi lebih 3,000 artifak arkeologi yang jarang ditemui.

Selain itu, tentera Israel meletupkan hospital universiti yang pertama dibuka dan satu-satunya di Gaza, serta bangunan yang menempatkan makmal perubatan dan kejuruteraan, makmal kejururawatan, studio latihan media, dewan mahkamah kolej undang-undang dan dewan konvokesyen.

Video yang dikeluarkan oleh media Israel pada 17 Januari merakamkan Universiti Israa diletupkan.

Universiti itu menawarkan kursus termasuk kewangan, kejuruteraan dan undang-undang untuk lebih 4,000 pelajar.

Dalam kejadian itu, tentera Israel dilapor membunuh 94 profesor universiti, bersama ratusan guru dan ribuan pelajar.

Pemantau Hak Asasi Euro-Med berkata tentera Israel menyasarkan tokoh akademik, saintifik dan intelektual di wilayah terkepung itu dalam serbuan udara yang disengajakan dan khusus di rumah mangsa tanpa notis awal.

Mereka yang disasarkan maut dihempap runtuhan bersama ahli keluarga. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >