Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel cadang gencatan 2 bulan, bebaskan baki tebusan

Jan 23, 2024 | 03:27 PM



BAITULMAKDIS/GAZA: lsrael telah kemukakan cadangan kepada Hamas melalui pengantara Qatar dan Mesir yang merangkumi gencatan kemanusiaan dua bulan sebagai sebahagian daripada perjanjian berbilang fasa, lapor agensi berita Reuters pada 22 Januari.


Perjanjian itu termasuk juga pembebasan semua tebusan yang masih ditahan di Gaza, tambah laporan itu, memetik dua pegawai Israel sebagai menyatakan demikian.

Israel, Qatar, mahupun Mesir tidak mengesahkan perkembangan terbaru itu setakat ini.

Laporan mengenai kemajuan dalam rundingan damai timbul ketika penasihat Presiden Amerika Syarikat, Encik Brett McGurk, melakukan kunjungan ke Mesir pada 21 Januari dan kemudiannya ke Qatar.

Menurut laporan, Kabinet perang Israel baru-baru ini telah meluluskan parameter cadangan baru untuk perjanjian tebusan dengan kumpulan Palestin Hamas.

Cadangan tersebut dikatakan berbeza daripada perjanjian terdahulu yang ditolak oleh Hamas.

Menurut cadangan itu, perjanjian tersebut juga termasuk pembebasan semua tebusan yang masih hidup dan pemulangan mayat tebusan yang mati dalam beberapa fasa.

Fasa pertama akan menyaksikan pembebasan wanita, lelaki berusia lebih 60 tahun dan tebusan yang berada dalam keadaan perubatan kritikal, kata pegawai itu.

Fasa seterusnya termasuk pembebasan tentera wanita, lelaki di bawah umur 60 tahun yang bukan tentera, tentera lelaki Israel dan mayat tebusan.

Para pegawai berkata bahawa Israel mencadangkan tempoh gencatan yang agak panjang untuk menyelesaikan pembebasan semua tebusan dalam fasa berbeza yang boleh berlanjutan sehingga dua bulan.

Di bawah perjanjian yang dicadangkan itu, Israel dan Hamas akan bersetuju terlebih dahulu mengenai berapa ramai tahanan Arab Palestin akan dibebaskan daripada penjara di Israel bagi setiap tebusan Israel yang akan dibebaskan.

Mereka kemudian mengadakan rundingan berasingan mengenai senarai nama banduan yang akan dibebaskan.

Walaupun cadangan itu tidak termasuk perjanjian untuk menamatkan perang, ia adalah tempoh gencatan senjata paling lama yang pernah Israel tawarkan kepada Hamas sejak permulaan perang pada Oktober lalu.

Lebih 25,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober, menurut pegawai Palestin.

Tindakan Israel itu sebagai membalas serangan Hamas di selatan Israel yang membunuh sekitar 1,200 orang dan menahan 240 tebusan.

Israel mendakwa 132 daripada 240 tebusannya masih ditahan di Gaza dan sekurang-kurangnya 27 yang lain dipercayai mati dalam tahanan Hamas.

Qatar dan Mesir adalah pengantara antara Israel dengan Hamas dalam perjanjian yang membawa kepada gencatan kemanusiaan selama seminggu pada akhir November.

Di bawah perjanjian itu, Hamas membebaskan lebih daripada 100 wanita, kanak-kanak dan warga asing yang ditahannya dalam serangan di selatan Israel pada 7 Oktober.

Sebagai pertukaran perjanjian itu, Israel telah membebaskan 240 wanita dan remaja Palestin yang dipenjarakan atas pelbagai kesalahan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >