Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel ulangi gesaan kosongkan Gaza untuk tawan bandar, Hamas

Oct 15, 2023 | 07:11 PM



GAZA: Krisis kemanusiaan dijangka kian meruncing setelah Israel mengeluarkan amaran terkini pada Ahad menggesa penduduk Gaza supaya berpindah dan menyaksikan beribu-ribu penduduk bergegas ke selatan.


Israel sekali lagi memberi amaran pemindahan ketika konflik semakin memuncak, dengan tentera Israel bersiap sedia menyerang dengan puluhan ribu askar diarahkan pada Ahad untuk menawan Kota Gaza dan memusnahkan kepimpinan kumpulan Hamas yang dipercayai berada di kawasan tersebut.

Pihak tentera telah mengumumkan bahawa matlamat utama dalam konflik yang memasuki hari kesembilan itu adalah untuk menghapuskan hierarki politik dan ketenteraan Hamas, yang menguasai Gaza serta mengetuai serangan pengganas di Israel pada Sabtu yang membunuh 1,300 orang.

Serangan itu dijangka menjadi operasi darat terbesar Israel sejak ia menyerang Lebanon pada 2006. Ia juga akan menjadi medan pertama Israel untuk cuba menawan menerusi darat sejak pencerobohan ke atas Gaza pada 2008.

Dalam masa yang sama, penasihat keselamatan Israel turut memberi amaran kepada kumpulan Hezbollah supaya tidak memulakan perang di utara dan Israel mengancam untuk memusnahkan Lebanon jika ia diteruskan.

Ancaman itu dikeluarkan sedang Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken bertemu pemerintah de facto, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, di Riyadh.

Encik Blinken berkata semasa pertemuannya dengan Putera Mahkota adalah “sangat produktif”, ketika beliau mengadakan lawatan ke Timur Tengah bagi menangani konflik antara Israel dengan kumpulan Palestin Hamas.

Pada Sabtu, ribuan rakyat Palestin melarikan diri dari utara Semenanjung Gaza bagi mengelak daripada laluan serangan darat tentera Israel. Manakala Israel mendakwa mengekalkan dua jalan terbuka untuk membolehkan orang ramai melarikan diri.

Israel mula melancarkan serangan darat di utara Gaza menyusuli serangan udara pada Sabtu, seminggu selepas serangan militan Hamas di Israel.

Sebelum serangan besar-besaran itu, Israel pada Jumaat menggesa penduduk Palestin supaya meninggalkan kawasan itu sebelum serangan darat dilancarkan terhadap kumpulan Hamas.

Tentera Israel itu dalam kenyataan berkata, pasukan pertahanannya ditempatkan di seluruh kawasan dan ini termasuk serangan udara, laut dan darat dengan meliputi ‘medan pertempuran yang diperluaskan’.

Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Cik Ursula von der Leyen berkata blok itu akan segera meningkatkan bantuan kemanusiaan untuk penduduk di Gaza.

“Suruhanjaya akan meningkatkan dana bantuan kemanusiaan sedia ada untuk Gaza sebanyak 50 juta euro ($75 juta) dengan segera. Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 75 juta euro.

EU dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil selepas Cik von der Leyen mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Antonio Guterres.

Selepas tujuh hari pengeboman Israel tanpa henti, keadaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza semakin merosot dengan pantas.

Pihak berkuasa Gaza berkata, lebih 2,200 orang telah terbunuh dan satu perempat daripadanya merupakan kanak-kanak serta hampir 10,000 cedera.

Pekerja-pekerja penyelamat turut berusaha mencari mangsa yang terselamat dalam serangan udara Zionis Israel.

Memetik laporan Al Jazeera hospital-hospital di bahagian utara kawasan yang dikepung telah menerima arahan pemindahan sebelum serangan darat, manakala kemudahan perubatan di seluruh wilayah berpenduduk padat dibanjiri oleh pesakit yang cedera dan penduduk yang mencari perlindungan.

Keadaan amat teruk di Hospital Shifa, kompleks perubatan terbesar di bandar Gaza, di mana doktor Palestin memberi amaran tentang wabak penyakit berjangkit yang akan berlaku akibat kesesakan.


Israel dilaporkan mengepung sepenuhnya penempatan itu berikutan serangan 7 Oktober, menghentikan bekalan elektrik, air, makanan, perubatan dan bahan api sehingga Hamas membebaskan semua tawanan.


Sekitar 2.4 juta rakyat Palestin tinggal di Semenanjung Gaza, yang sekian lama berada di bawah sekatan yang melumpuhkan Israel sejak Hamas merampas kuasa di kawasan pantai pada 2007.


Beberapa bandar utama di Amerika Syarikat termasuk New York, Los Angeles, Chicago dan Washington mempertingkatkan kawalan keselamatan terutamanya sekitar masjid dan rumah ibadat Yahudi susulan demonstrasi pro-Palestin berlangsung di negara itu.  


Langkah itu diambil bagi menangani sebarang ancaman keganasan susulan konflik Israel-Hamas yang semakin memuncak di Semenanjung Gaza.


Cuti bagi semua pegawai po;lis yang bertugas di beberapa bandar utama di Amerika turut dibatalkan serta-merta. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >