Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Istana Negara nafi Ismail Sabri bakal temui Agong

Oct 04, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi meminta Parlimen dibubarkan segera dinafikan pihak Istana Negara.



"(Ia) berita palsu. Tuanku masih di Singapura," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, kepada Free Malaysia Today (FMT) dalam mesej WhatsApp.



Sementara itu, sumber yang rapat dengan Datuk Ismail Sabri berkata jadual perdana menteri "padat dengan mesyuarat" semalam.



Malah, sumber itu memberitahu FMT Datuk Ismail Sabri tidak mempunyai mesyuarat yang dijadualkan di Istana Negara untuk beberapa hari akan datang.



Laporan Utusan Malaysia pula yang memetik sumber berkata setakat ini Istana Negara tidak menerima sebarang makluman berhubung Datuk Ismail Sabri akan menghadap Agong.



Semalam difahamkan, Datuk Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen. Mesyuarat itu dipercayai bagi membincangkan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Terdahulu, media melaporkan ketua cawangan Umno yang dipecat, Datuk Zaharin Mohd Yasin, membuat pendedahan kononnya Datuk Ismail Sabri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen.



Datuk Zaharin mendakwa kononnya Datuk Ismail Sabri akan ditemani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, mewakili Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan pergi ke Istana Negara menghantar surat bagi meminta Parlimen dibubarkan segera.



Tangkap layar kenyataan Datuk Zaharin itu juga tular dalam wadah media sosial lain dan ia menimbulkan spekulasi bakal tercetus satu lagi drama politik yang tidak berkesudahan.



Sehingga semalam, tiada sebarang penafian daripada Setiausaha Agung Umno mahupun kenyataan rasmi menafikan dakwaan Datuk Zaharin itu.



Kenyataan Datuk Zaharin itu juga menghangatkan lagi suasana politik Malaysia apabila Umno pada Jumaat lepas membuat pendirian agar Datuk Ismail Sabri membentangkan segera cadangan pembubaran Parlimen kepada Agong yang mahu ia diadakan juga pada tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >