Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu jawatan presiden, timbalan presiden Umno ditanding terus jadi tanda tanya

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno akan dipertandingkan atau tidak pada pemilihan parti akan datang masih menjadi tanda tanya.



Apabila diajukan soalan berkenaan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilihat mengelak dari menjawab soalan yang diajukan pihak media.



"Saya ingin memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ialah pada minggu depan. Lain betul jawapan, macam sengaja sahaja. Tak nak jawab," katanya pada sidang akhbar mengenai PAU di Bangunan Dato' Onn kelmarin.



Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pontian itu memaklumkan mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan berlangsung pada hari ini dan segala isu mengenai pemilihan parti kemungkinan dibincangkan.



"(Mengenai) Pemilihan juga belum dibincangkan dan boleh dibincangkan pada 5 Januari ini dan kita ada satu lagi mesyuarat khas MKT pada 12 Januari, namun ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan pada Khamis ini.



"Kita juga akan bincangkan jemputan parti-parti daripada Kerajaan Perpaduan dalam PAU dan sebagainya," jelasnya.



Ditanya mengenai jemputan PAU2022 kepada mana-mana parti gabungan termasuk parti dalam Kerajaan Perpaduan, Datuk Ahmad berkata, perkara itu akan turut diputuskan dalam mesyuarat yang sama.



Ditanya mengenai PAU2022, beliau memaklumkan hanya ada satu usul yang akan dibahaskan oleh perwakilan iaitu ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



"Sebelum ini, kita ada ucapan dasar presiden, usul mengenai pendidikan, agama dan ekonomi. Itu kalau tiga hari, boleh (dilakukan) tetapi kali ini hanya ada dua hari.



"Kita bukan kerajaan sepenuhnya dan kini bersama Kerajaan Perpaduan, dahulu diadakan usul-usul lain kerana menteri yang berkaitan daripada Umno boleh menjawab.



"Sebab itu kita tumpukan ucapan dasar presiden dan sudah tentu menyentuh hal-hal berkaitan pendidikan, agama, ekonomi, politik dan antarabangsa," ujarnya.



Umno, katanya lagi, akan meminda Perlembagaan parti itu supaya selari dengan Akta Antilompat Parti pada PAU2022.



"Langkah ini supaya ia berkaitan dan selari dengan Akta Antilompat Parti... sebelum ini elemen gugur jadi ahli tidak berkaitan sangat dengan Akta Antilompat Parti. Jadi apa kita nak buat supaya ia selaras dengan Akta Antilompat Parti.



"Jadi kita masukkan elemen itu bagi pengguguran mereka jadi ahli Umno apabila mereka keluar daripada parti merujuk kepada akta itu," katanya.



Mengulas lanjut, pindaan itu katanya membabitkan Fasal 20.11 yang menyebut seseorang ahli yang menang bertanding namun bertindak meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya akan gugur keahlian dengan sendiri.



PAU2022, yang asalnya dijadual pada bulan lalu, dianjak ke 11 hingga 14 Januari 2023 ini, melibatkan 5,523 perwakilan dari serata negara. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >