KUALA LUMPUR: Kabinet dalam mesyuaratnya memutuskan siasatan akan diadakan terhadap kejadian bantahan sekumpulan penduduk Taman Medan berhubung pemasangan salib sebuah gereja di kawasan itu, Ahad lalu.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata tindakan mengikut Akta Hasutan dan undang-undang lain yang berkaitan akan dikenakan terhadap mereka jika terbukti bersalah.