Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu undang-undang MB Kedah tayang kertas undi sudah ditanda pangkah

Aug 17, 2023 | 01:00 PM



KUALA LUMPUR: Dua bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia dilaporkan bercanggah pendapat berhubung tindakan menayangkan kertas undi kepada umum, sebagaimana dilakukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan Datuk Sanusi menayangkan kertas undi yang mempamerkan undian pilihannya kepada media menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengikut Perkara (39).

Menurut sebuah laporan Berita Harian Malaysia pada Khamis, Tan Sri Abdul Aziz, yang juga seorang bekas pentadbir awam, berkata mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda hingga RM3,000 ($878).


Tan Sri Abdul Aziz berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana di pusat pengundian ada dipamerkan syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap pengundi.

“Kalau tengok dekat tempat mengundi, memang sudah ada sebut supaya kertas undi itu perlu dilipat betul-betul, malah pegawai di dalam bilik berkenaan pun tidak boleh kita tunjuk kertas berkenaan, kecuali kita adalah pegawai yang ditugaskan untuk membantu seseorang individu mengundi.

“Namun, ia juga ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Malah dalam ahli keluarga, pasangan suami isteri pun tidak boleh diberitahu kita undi siapa,” katanya.

Namun, seorang lagi bekas pengerusi SPR, Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang juga seorang peguam, berkata Datuk Sanusi tidak melakukan sebarang kesalahan pilihan raya dengan mempamerkan kertas undinya.

Dalam sebuah laporan The Star pada Isnin, beliau berkata tiada mana-mana peruntukan dalam undang-undang melarang sesiapa mendedahkan undi mereka secara sukarela.


“Seksyen yang berkaitan ialah Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Jika kita membaca seksyen itu dengan baik dan mendalam, jelas sekali tiada satu pun peruntukan dalam Seksyen 5 tersebut terpakai pada apa yang dilakukan oleh Datuk Sanusi,” katanya.

Tan Sri Azhar berkata Seksyen 5 pada dasarnya melarang calon atau ejen yang mendapat maklumat mengenai butiran undi atau pengundi mendedahkan maklumat sedemikian, dan juga melarang mereka bertanya kepada pengundi tentang calon yang mereka undi, atau mendedahkan individu memohon kertas undi semasa proses pengundian.

“Jadi pada dasarnya undang-undang itu dirangka untuk melindungi kerahsiaan undi yang diperoleh atau mungkin didapati oleh ejen atau calon dan kerani. Tetapi jika seseorang pengundi ingin mendedahkan undinya sendiri secara sukarela, tiada apa-apa pun di bawah undang-undang yang melarangnya,” tambah beliau.

Media Malaysia melaporkan polis sedang melengkapkan siasatan terhadap tindakan Datuk Sanusi yang didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >