Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ivana Trump meninggal akibat cedera selepas jatuh dari tangga

Jul 16, 2022 | 03:38 PM



NEW YORK: Bekas isteri kepada mantan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Cik Ivana Trump, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh dari tangga.

Menurut jurucakap Pejabat Polis New York, hasil bedah siasat mendapati mendiang meninggal dunia akibat hentakan objek tumpul di bahagian badan.

Katanya, Cik Ivana Trump ditemui mati di bahagian tangga rumahnya pada Khamis dan siasatan awal mendapati tiada perbuatan khianat.

“Pemeriksa perubatan mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan parah di bahagian badan. Dengan laporan ini, pejabat ini tidak akan memberikan kenyataan lanjut berkaitan siasatan,” menurut Pejabat Ketua Pemeriksaan Perubatan (OCME) di New York dalam satu kenyataan.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 1977 dan mempunyai tiga orang anak iaitu Donald Jr., Ivanka dan Eric. Namun, mereka bercerai pada tahun 1992.

Mendiang berasal dari Czechoslovakia sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat dan merupakan seorang model dan juga bekas atlet kebangsaan negara itu.

Beliau memainkan peranan penting dalam karier awal Encik Donald Trump pada tahun 1980-an.

Antara kejayaannya adalah pembangunan Trump Tower yang terletak di Fifth Avenue, Manhattan dan beberapa lagi projek berprofil tinggi seperti Trump Taj Mahal Casino Resort di Atlantic City, New Jersey.

Mendiang merupakan naib presiden juruhias dalaman Organisasi Trump dan mengendalikan bangunan bersejarah Plaza Hotel yang dibeli mereka pada tahun 1988. Ivana meninggalkan ibunya, tiga orang anak serta 10 cucu. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >