Jakarta dilanda banjir, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Jakarta dilanda banjir

Jan 24, 2015 | 08:54 PM

JAKARTA: Hujan lebat yang melanda Jakarta bermula Khamis malam hingga pagi kelmarin telah mencetuskan keadaan kelam kabut di seluruh kawasan ibu negara itu dengan banjir yang melanda di kebanyakan tempat menjejas prasarana di beberapa lokasi utama.

Misalnya, landasan kereta api perkhidmatan Depok-Jatinegara terganggu pagi kelmarin apabila beberapa stesen kereta api, termasuk Kampung Bandan dan Rajawali, dibanjiri air.

Perkhidmatan kereta api Bekasi-Kota pula terpaksa dihentikan di stesen Manggarai akibat banjir.

Akibat perkhidmatan yang tergendala itu, pengendali landasan komuter PT KJC telah menyediakan perkhidmatan ulang alik untuk mengangkut penumpang yang terkandas antara stesen Jatinegara dengan Kemayoran. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map