Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta dilanda banjir, hujan lebat daripada angin puting beliung

Feb 25, 2020 | 10:56 AM



JAKARTA: Beberapa kawasan dan pinggir bandar ibu kota Indonesia banjir selepas dua angin puting beliung tropika di pantai negara itu mencetuskan hujan lebat semalaman, menenggelam rumah-rumah di kawasan rendah dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.



Lebih 80 kawasan banjir dilaporkan di Jakarta dan bandar satelit, Bekasi dan Tangerang pada pagi Selasa (25 Februari) dengan paras air di sungai Ciliwung yang mengalir sepanjang ibu kota itu semakin meningkat, menurut Agensi Mitigasi Bencana Alam Nasional.



Hujan lebat mungkin akan terus mengalir ke kawasan lebih besar Jakarta yang dipengaruhi angin puting beliung Ester di Teluk Carpentaria dan Ferdinand di Lautan India, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik di Twitter.



Syarikat elektrik milik negara, PT Perusahaan Listrik Negara, berkata lebih 300 pencawang elektrik di kawasan banjir itu telah ditutup buat sementara waktu untuk keselamatan.



Sekurang-kurangnya 60 orang telah terbunuh dan ribuan orang telah terpaksa meninggalkan rumah mereka awal tahun ini dalam banjir paling berbahaya yang melanda Jakarta dalam tempoh hampir lebih sedekad apabila air banjir meningkat setinggi rumah satu tingkat. 



Presiden Joko Widodo telah mengarahkan penempatan semula ibu kota negara itu ke Pulau Borneo sedang kawasan metropolitan Jakarta, yang menampung hampir 30 juta penduduk, kerap dibanjiri. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >