Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jakarta haram daging kucing, anjing, kelawar untuk cegah penyakit rabies

Nov 26, 2025 | 12:51 PM
Seorang pelancong bergambar di depan gerai yang menjual daging anjing di Solo, Jawa Tengah.
Seorang pelancong bergambar di depan gerai yang menjual daging anjing di Solo, Jawa Tengah. - Foto J. RADIAN

JAKARTA: Jakarta telah mengambil langkah mengharamkan penjualan dan penggunaan daging anjing, kucing dan kelawar untuk membendung penularan penyakit rabies, kata gabenor ibu kota itu pada 25 November.

Pengumuman itu dilihat sebagai kemenangan bagi penyokong hak asasi haiwan yang telah lama melobi pengharaman tersebut.

“Saya telah menandatangani peraturan yang melarang penjualan haiwan pembawa rabies untuk tujuan makanan,” kata Gabenor Jakarta, Encik Pramono Anung, dalam satu kenyataan di media sosial, sebulan selepas berjanji berbuat demikian.

Peraturan itu, yang menurut Encik Pramono telah ditandatanganinya pada 24 November, memberi tempoh tangguh selama enam bulan sebelum ia dikuatkuasakan.

Mereka yang melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan sekatan, daripada amaran bertulis hingga pembatalan lesen perniagaan.

Beliau berkata larangan itu terpakai kepada “haiwan hidup, daging, atau produk lain, sama ada mentah atau diproses” dan melarang sebarang “aktiviti yang berkaitan dengan haiwan pembawa rabies yang bertujuan untuk tujuan makanan”.

Indonesia merupakan salah satu daripada segelintir negara di dunia yang membenarkan penjualan daging anjing dan kucing.

“Dasar ini selaras dengan mandat perlembagaan untuk melindungi semua rakyat Indonesia dan menjadi negara yang adil dan bertamadun,” kata kumpulan advokasi Dog Meat Free Indonesia dalam satu kenyataan sebagai mengalu-alukan langkah tersebut.

Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan 25 kematian akibat rabies antara Januari dengan Mac 2025. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg