Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta kekal sebagai hab ekonomi, terus ditingkat

Apr 08, 2024 | 05:31 AM



Parlimen Indonesia menetapkan status khusus bagi Jakarta, menjadikan bandar metropolis itu sebagai pusat ekonomi negara, di tengah-tengah rancangan untuk memindahkan ibu kota ke pulau Borneo.

Indonesia merancang memindahkan ibu kotanya jauh dari Jakarta, yang sesak dan sedang tenggelam – menurut pakar – ke Nusantara.

Nusantara adalah sebuah bandar bernilai AS$30 bilion ($40.5 bilion) yang sedang dibina di hutan Kalimantan Timur di Borneo.

Bandar itu adalah projek utama Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, yang berjanji akan meluaskan kekayaan dan pembangunan yang sekarang terpusat di pulau Jawa, ke seluruh kepulauan Indonesia.

Menurut satu salinan undang-undang baru bertarikh 18 Mac, sebuah ‘majlis aglomerasi’ akan dibentuk bagi menyelaras rancangan pembangunan antara Jakarta dengan bandar-bandar satelitnya, lapor Reuters.


Menteri Dalam Negeri Indonesia, Encik Tito Karnavian, berkata selepas perbahasan di Parlimen, Jakarta masih harus dipertingkatkan untuk kekal “bersaing dengan bandar-bandar bertaraf dunia” setelah pentadbiran pemerintah dipindahkan ke ibu kota Nusantara.

“Selepas tidak menjadi ibu kota, Jakarta masih harus diberi status khusus supaya dapat mempercepat pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan sumbangannya kepada Hasil Dalam Negari Kasar (GDP) negara,” katanya.

Di bawah peraturan semasa, Jakarta akan kekal sebagai ibu kota Indonesia hingga presiden mengeluarkan dekri secara rasmi menamakan Nusantara sebagai ibu kota baru, yang dijangka pada 2024.

Ibu Kota Nusantara (IKN) yang sedang dibangunkan akan mempunyai kawasan empat kali ganda lebih besar daripada Jakarta, iaitu mencapai 252,660 hektar.

Ketua Penguasa Ibu Kota Nusantara (OIKN), Encik Bambang Susantono, berkata ibu negara Indonesia ketika ini, iaitu Jakarta, hanya seluas 66,152 hektar, menjadikan IKN lebih luas daripada Jakarta.

Menurutnya, biarpun IKN lebih luas, penduduknya dijangka sekitar dua juta saja, bagi mengelak kepadatan yang boleh mengganggu mutu hidup penduduknya.

“Kami jangka penduduk IKN mencapai 1.9 juta penduduk pada 2045, walaupun pada masa ini kira-kira 250,000 penduduk saja tinggal di sana.

“Pada fasa pertama pembangunan, kami hanya menyiapkan sebahagian kecil daripada keseluruhan projek.

“Dengan populasi awal kira-kira 200,000 hingga 250,000 penduduk, kami memberi tumpuan pada pembangunan mampan hingga 2045.

“Yang kami bina bukan hanya prasarana fizikal, malah ekosistem, dalam masa yang sama menekankan kesejahteraan penduduk.

“Visi kami ialah membangunkan bandar boleh didiami, yang tidak hanya layak didiami bahkan juga dicintai oleh penduduknya,” katanya.

Menurut beliau, pemerkasaan masyarakat juga ditekankan untuk menyediakan sumber manusia yang bersedia sebagai sebahagian daripada pembangunan IKN, melalui kemahiran semula, peningkatan kemahiran dan pendedahan teknologi kepada penduduk di IKN.

Pihak berkuasa juga akan memainkan peranan IKN dalam arena sejagat, termasuk pembentukan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta komitmen terhadap Peta Jalan Perubahan Iklim yang telah dilancarkan.

“Kami ingin mencipta ekosistem yang menunjukkan IKN sebagai permulaan pembentukan bandar yang hijau, pintar dan terangkum, menjadikan IKN sebuah bandar mampan.

“Dalam usaha membangun bandar mesra alam, IKN telah mempelajari model Finland yang terkenal dengan mutu hidup yang tinggi.

“IKN juga direka sebagai bandar mesra alam dengan pencemaran udara yang rendah dan hubungan jalur lebar Internet bermutu tinggi,” kata Encik Bambang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >