Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jokowi lancar kemudahan kesihatan keempat dibina di Nusantara

Dec 20, 2023 | 3:06 PM
RUMAH SAKIT UMUM:  Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (tiga dari kiri) meletakkan batu asas bagi pembangunan Rumah Sakit Umum Pusat Ibu Kota Nusantara yang juga merupakan hospital keempat dibangunkan di kota tersebut.
RUMAH SAKIT UMUM: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (tiga dari kiri) meletakkan batu asas bagi pembangunan Rumah Sakit Umum Pusat Ibu Kota Nusantara yang juga merupakan hospital keempat dibangunkan di kota tersebut. - Foto SEKRETARIAT PRESIDEN

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo meletakkan batu asas bagi pembangunan Rumah Sakit Umum Pusat Ibu Kota Nusantara (RSUP IKN).

Beliau mengatakan rumah sakit itu dibangun dengan pembiayaan pemerintah.

RSUP IKN menjadi rumah sakit keempat yang dibangun di ibu kota negara baru Indonesia itu.

“Dengan mengucap bismillahirrahmanirrahim, pada siang hari ini peletakan batu pertama, Rumah Sakit Umum Pusat di Ibu Kota Nusantara secara rasmi saya nyatakan dimulai,” kata Encik Jokowi di IKN, pada 20 Disember.

“Dalam masa tiga bulan yang lalu, kita sudah memulakan pembinaan tiga hospital swasta. Saya ulangi, tiga hospital,” ujarnya lagi.

Menurut Encik Jokowi, RSUP IKN akan memberi tumpuan dalam menangani penyakit angin ahmar dan jantung.

“Hari ini, kita melancarkan proses pembinaan hospital lagi, iaitu Hospital Umum Pusat.

“Pemerintah akan bekerja bagi pembangunan hospital ini,” ucapnya.

Beliau kemudian menyatakan bahawa pembinaan tiga hospital swasta lain belum dirasmi di ibu kota masa depan Indonesia.

“Saya berharap, sekali semua hospital di sini beroperasi, rakyat kita tidak akan pergi ke luar negara ke Malaysia, Singapura, Jepun, dan Amerika Syarikat hanya untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.

“Mudah-mudahan, rakyat Indonesia akan memilih hospital dalam negara, terutama yang terletak di Kota Nusantara,” katanya.

Rumah sakit itu juga melengkapi Rumah Sakit Dr. Abdi Waluyo, Rumah Sakit Hermina, dan Rumah Sakit Mayapada, yang sudah mulai dibangun sejak dua bulan lalu.

Menurut beliau, pelbagai kemudahan kesihatan akan melengkapkan keperluan warga Indonesia.

“Ini nanti mestinya kalau sudah jadi semuanya, tidak ada lagi masyarakat kita yang pergi ke Malaysia, Singapura, Jepun, Amerika untuk rawatan kesihatannya,” ujarnya.

Sebelumnya, Encik Jokowi melancarkan projek prasarana di IKN sebulan sekali. Kegiatan itu ia mulai pada Oktober untuk menarik minat para pelabur.

Beliau menyebut jumlah bernilai 45 trilion rupiah ($3.8 bilion) sudah dilabur ke IKN hingga akhir 2023.

Encik Jokowi optimis pelbagai penanaman modal itu akan mempercepat pembangunan di ibu kota negara baru. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg