JAKARTA: Indonesia semalam mengerahkan tambahan 1,600 anggota tentera bagi memerangi kebakaran hutan yang kini menyebabkan jerebu tebal di Singapura dan Malaysia.
Presiden Joko "Jokowi" Widodo mengarahkan tambahan anggota tentera itu setelah pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan darurat di Riau selepas keadaan jerebu di wilayah tersebut berada pada tahap sangat berbahaya.