Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakim akan perkukuh SOP libat sijil halal barangan import

Dec 27, 2020 | 05:30 AM



KOTA BHARU: Penguatkuasaan serta prosedur operasi standard (SOP) dalam memberi kelulusan sijil halal membabitkan barangan import yang termasuk daging akan diperkukuhkan lagi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).



Demikian menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Encik Ahmad Marzuk Shaary, yang turut menambah langkah tersebut diambil untuk memastikan setiap rakyat terutamanya umat Islam di Malaysia mendapat bekalan makanan yang halal, bersih serta mengikut hukum syarak.



"Pihak kerajaan termasuk Jakim akan terus memperkukuhkan lagi SOP termasuk kawal selia dan sekiranya perlu menambah kakitangan, kita juga akan mengambil pekerja baru," katanya kepada wartawan semalam.



Sebelum ini, media melaporkan taktik yang digunakan kartel yang membawa masuk daging tidak halal ke Malaysia dan kemudian mengisytiharkannya sebagai produk yang disahkan halal.



Difahamkan, kartel tersebut telah beroperasi selama lebih 40 tahun, lapor New Straits Times.



Dipercayai kartel itu mengimport daging dari rumah penyembelihan yang tidak disahkan halal di beberapa negara seperti Bolivia, Canada, Colombia, Sepanyol dan Mexico.



Mengulas lanjut, Encik Ahmad Marzuk berkata pihaknya juga akan meningkatkan lagi kolaborasi dengan pelbagai agensi terbabit seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyelesaikan isu berkenaan.



Awal sebelum itu, naib presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Salahuddin Ayub telah meminta agar menteri pertanian dan industri makanan negara itu untuk menjelaskan isu tersebut.



Datuk Salahuddin, yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika pentadbiran Pakatan Harapan, berkata isu ini juga harus diperjelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, kerana ia melibatkan kemungkinan berlakunya rasuah di Jabatan Pembangunan Islam yang mengendalikan sijil halal.



"Isu tersebut dengan jelas menimbulkan tanda tanya mengenai integriti agensi dalam mengembangkan industri halal nasional," katanya Khamis lalu.



Beliau turut menggesa pihak berkuasa memastikan mereka yang terlibat menerima hukuman sewajarnya, dan agar pemerintah menjadi lebih proaktif dalam membasmi rasuah di dalam agensi pemerintah.



"Kerajaan Perikatan Nasional yang dikuasai oleh parti-parti Melayu-Islam harus menjunjung tinggi keutamaan menjaga kebajikan dan kepentingan umat Islam.



"Jangan gunakan bangsa Melayu dan Islam sebagai retorik semata-mata untuk menipu orang ramai dan memperoleh undi menjelang pilihan raya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >