Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jambatan Baltimore di AS runtuh selepas dilanggar kapal berdaftar S’pura

Mar 26, 2024 | 07:59 PM



BALTIMORE (Maryland): Satu jambatan utama runtuh di pelabuhan Baltimore, Amerika Syarikat, pada awal pagi 26 Mac, selepas ia dilanggar sebuah kapal kontena yang berdaftar di Singapura.


Insiden itu menyebabkan sejumlah kenderaan dan sekitar 20 mangsa terhumban ke dalam Sungai Patapsco.

Susulan kejadian itu, pasukan penyelamat giat menjalankan operasi mencari mangsa yang mungkin terselamat di sungai tersebut, selepas sebahagian besar struktur Jambatan Francis Scott Key sepanjang 2.6 kilometer itu runtuh ke dalam sungai itu.

“Sehingga 20 mangsa mungkin berada di dalam sungai bersama banyak kenderaan, dan mungkin sebuah treler traktor atau kenderaan sebesar treler traktor yang terhumban ke dalam sungai,” kata Encik Kevin Cartwright, jurucakap bagi Jabatan Bomba Bandar Baltimore kepada Reuters.


“Ini adalah insiden kecederaan ramai dan melibatkan pelbagai agensi. Operasi ini akan berterusan selama beberapa hari,” tambahnya.

Satu rakaman video yang tular di YouTube menunjukkan kapal tersebut merempuh jambatan itu dalam kegelapan.

Kelihatan lampu depan banyak kenderaan yang bernyala di atas jambatan ketika ia terhumban ke dalam sungai itu, dan kapal tersebut dalam keadaan terbakar.

Gabenor Maryland, Wes Moore, mengisytiharkan darurat.

Beliau berkata dalam satu kenyataan bahawa negeri itu “sedang bekerjasama dengan pasukan antara agensi untuk mengerahkan secepatnya pelbagai sumber persekutuan daripada Pentadbiran (Presiden) Biden”.

Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika di Baltimore menyatakan di media sosial X bahawa kakitangannya kini “berada di lokasi kejadian”.

Baltimore adalah pelabuhan Amerika yang paling sibuk bagi kiriman kereta. Ia mengendali lebih 750,000 kenderaan pada 2022, menurut data Pentadbiran Pelabuhan Maryland. – Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >