Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jamuan malam Prabowo bersama bekas isteri cetus pelbagai reaksi

Mar 13, 2024 | 01:34 PM



JAKARTA: Bakal presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, berkongsi gambar dengan 12.2 juta pengikut Instagramnya pada 12 Mac, menunjukkan beliau sedang makan malam atau mungkin berbuka puasa bersama bekas isterinya, Cik Siti Hediati Hariyadi, lebih dikenali sebagai Titiek Suharto, dan anak mereka, Encik Didit Hediprasetyo.


Dalam gambar itu, Encik Prabowo, yang sejauh ini disebut bakal memenangi Pilihan Raya Presiden 14 Februari, dilihat sedang menikmati hidangannya, bersama-sama Cik Titiek dengan anak lelaki mereka duduk di tengah antara mereka. Masa dan lokasi foto bagaimanapun tidak dinyatakan.

Walaupun gambar itu tidak mempunyai kapsyen, ia dengan pantas mencetuskan spekulasi di ruangan media sosial bahawa Encik Prabowo mungkin akan bersatu semula dengan isterinya yang mungkin bakal Wanita Pertama.

“Saya menjangkakan kesudahan yang menggembirakan selepas ini,” komen seorang pengikut, disiarkan Jakarta Globe.


Seorang lagi menulis: “Tolong, anda berdua bersatu semula, itulah yang paling penting.”

Foto itu juga menerima 1.1 juta tanda suka atau ‘Like’ sejurus sebelum tengah malam.

Cik Titiek ialah anak perempuan kedua Allahyarham Suharto, presiden paling lama berkhidmat di Indonesia.

Mereka berkahwin pada 1983 tetapi perkahwinan itu berakhir selepas Allahyarham Suharto meletak jawatan berikutan protes seluruh negara terhadap pemerintahan kuku besinya pada 1998.

Walaupun Cik Titiek telah menolak kemungkinan kembali semula dengan Encik Prabowo dalam beberapa wawancara, wanita berusia 64 tahun itu secara aktif menyertai kempen Pilihan Raya Presiden, sejak Encik Prabowo cuba memenangi jawatan presiden pada 2014.

Encik Prabowo, yang dikalahkan oleh Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo pada 2014 dan 2019, membuat percubaan ketiga dengan bergandingan bersama Encik Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka, sebagai pasangannya.


Berdasarkan kiraan undi tidak rasmi, pasangan Prabowo-Gibran mendahului kiraan undi Pilihan Raya Presiden 14 Februari lalu dengan jurang yang besar dan dijangka menang dengan kira-kira 58 peratus undi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >