Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo mengaku menang

Kiraan sampel menunjukkan menteri pertahanan itu menang kira-kira 58 peratus undi, pada pusingan pertama pilihan raya presiden.
Feb 15, 2024 | 05:12 PM



JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, telah mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya presiden negara itu, selepas pengiraan undi tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului pesaingnya.


Mantan ketua pasukan tentera khas dan berusia 72 tahun itu, yang gagal dalam dua pilihan raya sebelum ini, memperolehi kira-kira 58 peratus undi, menurut empat pemeriksa undi, berdasarkan sampel undian kiraan pantas di tempat mengundi di seluruh negara.

Saingannya, Encik Anies Baswedan dan Encik Ganjar Pranowo masing-masing berada di belakang dengan meraih kira-kira 25 peratus dan 17 peratus, menurut tinjauan bebas yang melakukan pengiraan pantas itu.

Sejauh ini, kiraan tinjauan bebas itu memberikan gambaran tepat mengenai keputusan pilihan raya presiden sebelum ini, yang diadakan di negara ini sejak ia mula mengundi secara langsung bagi presiden pada 2004.

Kiraan awal rasmi oleh suruhanjaya pilihan raya adalah jauh lebih perlahan dan menunjukkan Encik Prabowo memperoleh 57.7 peratus undi, setelah kira-kira 6 peratus undi direkodkan.

Encik Prabowo yang berucap kepada penyokongnya yang gembira di sebuah stadium di Jakarta berkata beliau “bersyukur” atas keputusan pantas itu.

Mengenakan baju berkotak biru pucat, beliau ditemani pasangannya, Encik Gibran Rakabuming Raka, anak sulung kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang akan berundur sebagai presiden Oktober ini.

“Kita jangan sombong, jangan bangga, jangan terlalu gembira, kita tetap perlu merendah hati, kemenangan ini mesti menjadi kemenangan bagi seluruh rakyat Indonesia,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen nasional.

Kedua-dua Encik Anies mahupun Encik Ganjar belum mengaku kalah dan menggesa orang ramai untuk menunggu keputusan rasmi yang dijangka selewat-lewatnya pada 20 Mac.

“Kita perlu menghormati keputusan rakyat,” kata Encik Anies kepada pemberita di ibu pejabat kempennya, selepas Encik Prabowo mendakwa menang.

Pasukan kempen Encik Ganjar pula berkata mereka sedang menyiasat laporan pelanggaran peraturan pilihan raya, yang disifatkannya sebagai “penipuan berstruktur, sistematik dan besar-besaran” tanpa memberikan bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Terdapat bantahan yang mengecam dakwaan campur tangan pilihan raya oleh Encik Jokowi, yang memberi sokongan tidak langsung kepada Encik Prabowo, menjelang pilihan raya itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >