Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jangan seret institusi diraja dalam krisis politik negara: Anwar

Jul 22, 2023 | 03:58 PM



SABAK BERNAM: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan ahli politik negara agar tidak sesekali cuba mengheret institusi diraja negara dalam sebarang krisis politik.


Beliau berkata sekiranya ada yang berbuat demikian, mereka harus menanggung akibatnya.

Datuk Anwar menegaskan bahawa kedaulatan raja-raja juga perlu dijaga semua pihak dan ia tidak boleh turut serta dalam perbincangan ketika kempen politik.

“Bukan sahaja orang Selangor tapi orang Pahang, orang Kedah, orang Kelantan juga ada raja. Kita semua ada Agong. Jangan samakan raja-raja dengan kita.

“Raja tidak boleh bercakap kempen sebegini, raja menjaga daulatnya, sebab itu adanya Kedaulatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia. Jadi jangan seret raja dalam perbincangan kita.

“Malah, ada yang kata Agong menyokong Kerajaan Perpaduan. (Kerajaan) Perpaduan itu titah Agong, dan saya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipanggil apabila tiada parti memperoleh majoriti untuk tubuh kerajaan,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan satu acara di Stadium Sungai Besar pada Sabtu.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mengulas lanjut, Datuk Anwar berkata beliau tidak kisah dicerca dan dihina oleh pihak-pihak tertentu tetapi sekiranya kedaulatan diraja disentuh, tindakan akan dilakukan, lapor Berita Harian Malaysia.


“Berhari-hari Perdana Menteri dicerca, dimaki dan dihina tetapi ada saya ambil tindakan, ada saya suruh polis ambil tindakan... Tidak. Tetapi jika cerca dan menyinggung raja, nasib kamulah.

“Yang buat laporan adalah Dewan Diraja Selangor. Apa yang boleh dilakukan (mereka) tanpa perkenan Sultan Selangor. Pesuruhjaya PAS Selangor datang menghadap memohon ampun tetapi tuanku bertitah ia belum selesai.

“Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan, tangkap dan dakwa tetapi kenapa salahkan Perdana Menteri. Tiada modal sangatkah. Kamu pandai cakap pandailah tanggung,” katanya.

Beliau berkata semua pihak tidak seharusnya menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu atau menanggung tindakan mengikut undang-undang.

“Saudara kena faham, sistem raja kalau nak pertahankan begini caranya. Saya berbeza pandangan, saya pergi menghadap, patik rasa begini begini. Begitu caranya.

“Tengok di Thailand, Pita Limjaroenrat (Parti Move Forward) menang kerusi terbesar di Thailand. Dua bulan tidak boleh tubuh kerajaan. Terhuyung-hayang, terumbang-ambing kerana raja tidak perkenan. Jadi akhirnya, 29 hari bulan ini baru nak putus (pembentukan kerajaan),” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, didakwa di mahkamah atas beberapa tuduhan melakukan dan antaranya adalah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >