Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis perlu laksana tugas dengan tenang, profesional semasa PRN: Ketua Polis Negara

Jul 20, 2023 | 3:14 PM
BERSIKAP PROFESIONAL: Semua anggota dan pegawai polis yang bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu bersikap profesional dan rasional ketika berada di lapangan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (kiri). Bersama beliau ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
BERSIKAP PROFESIONAL: Semua anggota dan pegawai polis yang bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu bersikap profesional dan rasional ketika berada di lapangan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (kiri). Bersama beliau ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Semua anggota dan pegawai polis yang menjalankan tugas mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang perlu bersikap profesional dan rasional ketika berada di lapangan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata semua anggota dalam pasukan polis – lelaki dan wanita – juga harus bijak mengawal emosi apabila menghadapi sebarang provokasi.

“Saya percaya semua anggota polis sudah bersedia sepenuhnya untuk memberi khidmat terbaik semasa pilihan raya negeri.

“Walaupun kita fokus menjalankan tugas, kesihatan dan keselamatan perlu diutamakan.

“Kepimpinan pasukan polis akan memastikan kebajikan anggota dan pegawai terjaga,” kata beliau ketika berucap pada perhimpunan bulanan Bukit Aman di sini pada Khamis.

Beliau juga berkata bahawa seramai 9,602 pegawai dan anggota polis tambahan akan dikerahkan untuk membantu PRN pada 12 Ogos di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tan Sri Razarudin berkata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman akan menyelaraskan penempatan bagi memastikan perjalanan pilihan raya negeri berjalan lancar.

“Jumlah kakitangan yang ditempatkan adalah mencukupi untuk menjaga peti undi dan memastikan keselamatan pengundi,” kata beliau.

Ketua Polis Negara itu turut menyuarakan amaran bahawa para pegawai pasukan polis yang mengamalkan birokrasi atau ‘pilih bulu’ dalam menjalankan siasatan tidak akan terlepas daripada tindakan tegas.

Beliau berkata, pemerhatian dan penilaian masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkisar kepada kebolehupayaan membendung jenayah, siasatan, tangkapan dan pendakwaan.

Ini termasuk penguatkuasaan undang-undang dalam penyiasatan dan pendakwaan jenayah yang perlu dilaksanakan dengan bijak, kata beliau.

“Kualiti maklumat risikan jenayah menentukan hasil operasi dan seterusnya paling utama adalah untuk mendakwa pesalah di mahkamah.

“Justeru, kita harus memperkasakan kredibiliti, kecekapan dan kemahiran pegawai kita bagi memastikan kualiti ‘crime prevention’ (pencegahan jenayah) serta ‘crime suppression’ (menumpaskan jenayah) pada tahap tertinggi,” kata Tan Sri Razarudin. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg