Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jejaka Indonesia tanpa kaki tangan tidak lupa ibadah

Oct 3, 2023 | 5:21 PM
AMBIL WUDHU: Encik Wawan Satrio (kiri) membantu Encik Tiyo Satrio mengambil wudhu sebagai persiapan untuk solat jemaah.
AMBIL WUDHU: Encik Wawan Satrio (kiri) membantu Encik Tiyo Satrio mengambil wudhu sebagai persiapan untuk solat jemaah. - Foto INSTAGRAM/NCEP_BILLALINDRA

JAWA BARAT: Bayangkan kehidupan tanpa tangan dan kaki.

Demikian yang dilalui Encik Tiyo Satrio – dilahirkan tanpa tangan dan kaki sejak lahir.

Jejaka berusia 18 tahun yang berasal dari Ciamis, Jawa Barat, Indonesia itu baru-baru ini tular di media sosial tempatan setelah video yang dimuat naik Encik Ncep Billal Indra di Instagram pada Rabu (27/9) memaparkan Encik Tiyo mengambil wudhu dan cara beliau bersembahyang.

Menerusi video tersebut, ayah Encik Tiyo iaitu Encik Wawan Satrio, mengangkatnya ke kawasan belakang rumah di mana terletaknya tempat ambil wudhu.

Beliau kemudian akan membantu Encik Tiyo mengambil wudhu sebelum mengangkat anaknya ke ruang solat untuk bersolat jemaah.

View post on Instagram
 

Ia turut memaparkan cara Encik Tiyo melaksanakan solat dengan bertiarap di atas sejadah. Video tersebut setakat ini mempunyai lebih daripada lima juta tontonan.

Menerusi laporan media tempatan, Encik Tiyo dilahirkan tanpa tangan dan kaki membesar dengan menggunakan kereta sorong untuk bergerak.

Laporan tersebut menambah beliau gemar bermain permainan video dan telefon bimbit.

Dalam satu video di Youtube, jejaka itu dilihat menggunakan anggota tubuh lain yang ada seperti bahu, dagu, bibir atau hidung untuk menggunakan telefon bimbit atau alat permainan lain.

Dalam video pada 2020 yang disiarkan oleh media tempatan, Encik Tiyo dilihat menggunakan hidungnya untuk mengetik telefon bimbit semasa bermain permainannya.

Beliau juga dilaporkan seorang pelajar pintar, khususnya dalam subjek matematik – bahkan beliau belajar cara untuk memegang pena menggunakan mulutnya.

Dalam satu wawancara bersama media tempatan, bapa Encik Tiyo menjelaskan mereka mempunyai empat lagi anak dewasa yang tidak menetap bersama mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg