Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tular pengantin M’sia kurang upaya guna bahasa isyarat masa akad nikah

Sep 26, 2023 | 9:37 AM
NIKAH GUNA BAHASA ISYARAT: Mempelai lelaki ini melafazkan penerimaan nikah menggunakan bahasa isyarat dalam satu majlis di Masjid Ismail Petra Tanah Merah, Kelantan.
NIKAH GUNA BAHASA ISYARAT: Mempelai lelaki ini melafazkan penerimaan nikah menggunakan bahasa isyarat dalam satu majlis di Masjid Ismail Petra Tanah Merah, Kelantan. - Foto TIKTOK/ABESOLUTION9911

Ramai lelaki mungkin berasa gemuruh tatkala sedang melafazkan penerimaan nikah.

Apatah lagi semasa ia dilakukan di khalayak ramai dengan ramai yang pasti cuba mendengar apa yang dilafazkan selain melihat reaksi si pengantin lelaki.

Tidak kurang juga lafaz penerimaan nikah oleh seorang pengantin lelaki Malaysia kurang upaya yang bisu dan mempunyai masalah pendengaran.

Majlis tersebut mendapat reaksi ramai warganet yang jarang atau tidak pernah melihat majlis lafaz akad nikah menggunakan bahasa isyarat di Malaysia.

Dalam satu video yang tular di Tiktok yang dimuat naik jurugambar bebas Encik Afif Mohamad pada Sabtu, beliau merakam detik manis majlis akad nikah seorang bakal pengantin lelaki yang memanfaatkan bahasa isyarat dengan pertolongan penterjemah.

Video itu memaparkan kadi menggenggam erat tangan pengantin lelaki itu dan melafazkan akad nikah, dan pada masa yang sama diterjemahkan kepada bahasa isyarat oleh penterjemah tersebut sambil diperhatikan dengan teliti oleh pengantin lelaki.

Penterjemah kemudian memegang mikrofon untuk mengatakan apa yang disampaikan oleh mempelai lelaki menerusi bahasa isyarat kepada jurunikah.

Menurut Encik Afif, pasangan mempelai, yang difahamkan adalah Cik Nurul Afizah Abdul Aziz dan Encik Norhakim Nordin, mempunyai masalah pendengaran.

Semasa dihubungi Berita Harian (BH), Encik Afif menjelaskan beliau sedang mengambil gambar untuk pasangan lain apabila terlihat acara pernikahan itu berlangsung.

Menurutnya, majlis pernikahan itu berlangsung di Masjid Ismail Petra Tanah Merah, Kelantan, dan ia kali pertama beliau melihat perkara sedemikian dilakukan.

“Dua kali pengantin lelaki lafaz penerimaan nikah, dan kali kedua baru sah. Pengantin itu nampak gugup walaupun guna bahasa isyarat,” tambah Encik Afif.

Video tersebut setakat ini sudah memperoleh lebih enam juta tontonan.

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg