Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jelajah ke desa terpencil demi kerja menyelamat gempa Maghribi

Sep 10, 2023 | 7:00 PM
GIGIH MENCARI: Pekerja penyelamat berusaha mencari mangsa gempa bumi yang kemungkinan masih hidup di dalam kawasan perumahan Moulay Brahim di wilayah Al Haouz, yang runtuh susuli gempa bumi berkenaan.
GIGIH MENCARI: Pekerja penyelamat berusaha mencari mangsa gempa bumi yang kemungkinan masih hidup di dalam kawasan perumahan Moulay Brahim di wilayah Al Haouz, yang runtuh susuli gempa bumi berkenaan. - Foto AFP

MARRAKESH (Maghribi): Pasukan penyelamat pada Ahad gigih mencari mangsa yang masih terselamat dan terperangkap di dalam longgokan batu-batan yang tinggal susuli gempa bumi paling dahsyat di Maghribi dalam tempoh lebih enam dekad.

Lebih 2,000 orang dilaporkan terbunuh akibat bencana yang telah memusnahkan perkampungan di pergunungan di luar Marrakesh.

Pekerja penyelamat yang menghulurkan bantuan menghadapi cabaran untuk sampai ke kawasan desa pedalaman yang paling terjejas teruk di High Atlas, banjaran gunung berceranggah di mana wujud kediaman terpencil dengan banyak rumah dilaporkan runtuh.

“Saya hilang segalanya,” jelas penduduk di desa pergunungan Moulay Brahim, yang dikenali sebagai Encik Lahcen. Isteri dan empat anaknya terbunuh dalam musibah itu.

Tentera penyelamat dan pekerja khidmat kecemasan sebelum ini berusaha gigih untuk sampai ke kawasan terpencil seandainya masih ada mangsa yang terperangkap, bernyawa dan memerlukan bantuan segera.

Wilayah Al-Haouz, yang menjadi pusat gempa tersebut, melaporkan sekitar 1,293 kematian, yang paling banyak dikenal pasti, disusuli dengan wilayah Taroudant dengan 452 kematian. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg