Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jemaah haji serata dunia siap ke Tanah Suci

Ikuti persiapan jemaah dari beberapa negara yang akan menunaikan ibadah haji
Jun 14, 2023 | 12:59 PM
MENJELANG MUSIM HAJI: Jemaah haji dari serata dunia mula membanjiri Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.
MENJELANG MUSIM HAJI: Jemaah haji dari serata dunia mula membanjiri Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. - Foto AFP

Menurut statistik Jawatankuasa Haji dan Lawatan yang memantau ketibaan dan pelepasan jemaah haji di Madinah, jumlah jemaah yang tiba di Madinah melalui pelabuhan udara dan darat untuk menunaikan haji tahun ini mencecah 531,243 orang.

SINGAPURA

Jemaah haji pertama Singapura telah berangkat pada 8 Jun dan lebih ramai dijadual berangkat pada minggu-minggu akan datang. Tahun ini, Singapura diberi kuota rasmi haji sejumlah 900 jemaah.

JEMAAH SINGAPURA: Jemaah haji dari kawasan Marine Parade dirai di Masjid Darul Aman sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun.
JEMAAH SINGAPURA: Jemaah haji dari kawasan Marine Parade dirai di Masjid Darul Aman sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun. - Foto PERSATUAN RAKYAT

MALAYSIA

Rombongan jemaah haji Malaysia seramai 284 orang tiba di Madinah pada 21 Mei. Tahun ini, kuota rasmi haji Malaysia adalah sebanyak 31,600 orang.

Dari Terengganu misalnya, seramai 1,257 jemaah akan mengerjakan ibadah haji.

JEMAAH MALAYSIA: Jemaah haji Terengganu di Majlis Perlepasan Bakal Jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud pada 2 Jun.
JEMAAH MALAYSIA: Jemaah haji Terengganu di Majlis Perlepasan Bakal Jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud pada 2 Jun. - Foto BERNAMA

INDONESIA

Rombongan haji pertama Indonesia telah berangkat pada 24 Mei. Tahun ini, Indonesia diberi kuota haji sebanyak 229,000 orang.

JEMAAH INDONESIA: Sebahagian daripada jemaah haji Indonesia menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda pada 24 Mei.
JEMAAH INDONESIA: Sebahagian daripada jemaah haji Indonesia menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda pada 24 Mei. - Foto AFP

KASHMIR, INDIA

Rombongan jemaah haji pertama dari Kashmir seramai 630 orang telah berangkat minggu lalu. Seramai 12,000 jemaah dari Jammu dan Kashmir dianggarkan menunaikan ibadah haji tahun ini.

JEMAAH INDIA:  Seorang jemaah haji, antara jemaah Kashmir,  mengucapkan selamat tinggal di Srinagar, sebuah bandar di Kashmir, sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 7 Jun.
JEMAAH INDIA: Seorang jemaah haji, antara jemaah Kashmir, mengucapkan selamat tinggal di Srinagar, sebuah bandar di Kashmir, sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 7 Jun. - Foto EPA-EFE

SYRIA

Jemaah haji di Syria pula sedang membuat persiapan terakhir. Di bandar Hazzanu, Syria, jemaah haji sedang berlatih menunaikan ibadah haji dengan replika Kaabah.

JEMAAH SYRIA: Segolongan jemaah haji sedang membuat persiapan dengan latihan amali ibadah haji pada 1 Jun.
JEMAAH SYRIA: Segolongan jemaah haji sedang membuat persiapan dengan latihan amali ibadah haji pada 1 Jun. - Foto AFP
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg