Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kiswah Kaabah naik 3 meter jelang musim haji

Jun 11, 2023 | 10:00 AM
KAIN DINAIKKAN: Bahagian bawah kiswah, kain hitam yang menutupi Kaabah di Makkah, dinaikkan sekitar tiga meter dan kawasan di bawahnya ditutup dengan kain kapas putih.
KAIN DINAIKKAN: Bahagian bawah kiswah, kain hitam yang menutupi Kaabah di Makkah, dinaikkan sekitar tiga meter dan kawasan di bawahnya ditutup dengan kain kapas putih. - Foto REUTERS

RIYADH: Selaras tradisi, bahagian bawah kiswah, kain hitam yang menutupi Kaabah di Makkah, dinaikkan sekitar tiga meter dan kawasan di bawahnya ditutup dengan kain kapas putih.

Memetik laporan Saudi Press Agency, tatacara yang sama diulang setiap tahun sebelum musim haji bagi melindungi kiswah berikutan terdapat segelintir jemaah menyentuhnya ketika mengelilingi Kaabah.

Upacara menaikkan kain kiswah dihadiri Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al Sudais.

Penolong kepada presiden umum hal ehwal Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswah Kaabah, pameran, kejuruteraan, teknikal dan ehwal operasi, Sultan Al-Qurashi, berkata menaikkan bahagian bawah kiswah berfungsi memelihara kebersihannya dan keutuhannya, sekali gus mencegah gangguan daripada jemaah.

Beliau berkata kiswah juga dinaikkan bagi mencegah beberapa amalan jemaah haji berdasarkan kepercayaan karut.

Setiap tahun, pada hari kesembilan dalam kalendar Islam Zulhijah, kain sutera hitam ditanggalkan dan disarungkan kiswah baru. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg