Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jemaah perlu imbas kod bar untuk masuk ke Raudah Masjid Nabawi

Jan 26, 2024 | 03:35 PM



RIYADH: Penguasa Masjid Nabawi telah mula melaksanakan mekanisme baru untuk jemaah yang melawat Raudah di Masjid Nabawi di Madinah.


Menurut mekanisme itu, yang sangat bergantung pada teknologi digital terkini, pengunjung hendaklah mengimbas kod bar di pintu pagar automatik, untuk masuk ke Raudah, menurut laporan Saudi Gazette pada 26 Januari.


Penguasa itu menyatakan bahawa prosedur untuk lawatan Raudah mesti bermula melalui platform Nusuk, dan pengunjung akan dimaklumkan dalam pelbagai bahasa, tentang langkah yang perlu diikuti untuk melakukan lawatan melalui langkah mudah.

Para pengunjung akan menerima mesej mengesahkan janji temu selepas membuat tempahan melalui aplikasi.

Kemudian, pelawat akan diingatkan tentang janji temu 24 jam sebelum tarikh lawatan, memintanya mengesahkan atau membatalkan, dan tidak boleh menggunakan kod bar untuk lawatan sebelum masa yang ditetapkan.

Sebaik sahaja pengunjung tiba di halaman Masjid Nabawi, mereka akan diarahkan, melalui skrin panduan, menuju pintu masuk yang ditetapkan untuk kunjungan itu.

Mereka akan disambut oleh petugas terlatih dan dibimbing sepanjang lawatan.

Sebelum tiba di Raudah, pengunjung hendaklah mengimbas kod bar melalui pintu pagar automatik dan kemudian menuju ke ruang menunggu sebelum menyertai kumpulan untuk masuk.

Laluan khas telah disediakan untuk pengunjung yang berkeperluan khas. Tempat yang akan dibuka akan ditentukan mengikut kapasiti.

Skrin elektronik disediakan dalam beberapa bahasa, untuk memberitahu pengunjung tentang tata tertib lawatan dan ruang menunggu yang ditetapkan untuk memastikan keselesaan mereka.

Apabila sampai masa lawatan yang ditetapkan, pengunjung akan diarahkan ke pintu masuk Raudah melalui laluan yang teratur dan standard sehingga tiba di tempat solat.

Setelah masa lawatan tamat, pelawat akan diarahkan ke pintu keluar yang ditetapkan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >