Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun dilanda hujan lebat sedang Taufan Mawar hampiri

Jun 02, 2023 | 02:10 PM



TOKYO: Beberapa kawasan Jepun dilanda hujan lebat pada Jumaat sedang Taufan Mawar menghampiri, mendorong pihak berkuasa untuk menasihatkan puluhan ribu orang untuk berpindah keluar.

Tahap kekuatan Taufan Mawar, yang mendatangkan kemusnahan di Guam awal minggu ini, telah dikurangkan kepada tahap ribut tropika berbanding status taufan besar pada awalnya, dan sebahagian besar ribut itu dijangka melepasi selatan pulau utama Honshu sedang ia bergerak ke Pasifik.

Tetapi peramal cuaca memberi amaran bahawa terdapat bahaya bahawa udara lembap dari taufan itu boleh memasuki kawasan musim hujan, lantas menyebabkan hujan tempatan yang lebat.

Corak cuaca yang sama telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh sebelum ini, terutamanya semasa musim panas pada 2018, apabila lebih 200 orang terbunuh di barat Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran banjir untuk kawasan kepulauan Okinawa dan sebahagian kawasan pulau Shikoku dan Honshu, dengan sebanyak 350mm hujan diramal turun di bahagian barat Honshu dalam tempoh 24 jam hingga pagi Sabtu.

Walaupun hujan musim panas yang lebat bukanlah sesuatu yang luar biasa di Jepun, Jun adalah tempoh luar biasa bagi ribut jenis taufan untuk melanda kawasan kepulauan.

Pada hari Khamis, JMA berkata negara itu telah mengalami musim bunga paling panas sejak penyimpanan rekod bermula pada 1898.

Sebahagian kawasan Shikoku dilanda hujan 162.5mm dalam tempoh tiga jam hingga 9 pagi waktu tempatan, hampir separuh daripadanya dalam satu jam, kata penyiar awam NHK, mencetus amaran tanah runtuh.

Kira-kira 27,000 orang dinasihatkan untuk berpindah keluar di Toyohashi, sebuah bandar di tengah Honshu. Amaran pemindahan juga dikeluarkan di kawasan Shikoku.

Walaupun beberapa penerbangan ke kawasan Okinawa dibatalkan, tiada laporan lain mengenai gangguan besar hingga pagi Jumaat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >