Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Jepun ikrar kerjasama rapat pertahanan, ekonomi

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON, DC: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden dan Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, telah berikrar untuk bekerjasama rapat dalam bahagian pertahanan dan ekonomi.



Mereka juga berkata perikatan dua hala Amerika-Jepun adalah asas keamanan dalam wilayah Indo-Pasifik yang kian tegang.



Bercakap dalam sidang puncak di mana topik berhubung China menjadi tumpuan, kededua pemimpin menekankan ancaman yang diwakili oleh Beijing - yang kian gagah dan yakin - kepada aturan antarabangsa dan kestabilan serantau, lapor The Straits Times.



"Kami sedang memodenkan kerjasama ketenteraan, berdasarkan perbelanjaan bagi pertahanan yang meningkat oleh Jepun dan Strategi Keselamatan Nasional baru," kata Encik Biden, yang menerima kunjungan Encik Kishida ke Rumah Putih.



"Biar saya berkata dengan ketara: Amerika Syarikat memberi komitmen penuh kepada perikatan ini dan lebih penting lagi, kepada usaha mempertahankan Jepun," kata beliau menambah.



Kededua negara juga mengikat perjanjian untuk meneroka angkasa lepas secara aman; selaras dengan rancangan kededua negara untuk menghantar misi ke bulan dan Marikh.



Sidang puncak di Rumah Putih itu, kelmarin, ialah kemuncak kunjungan Encik Kishida ke negara-negara ekonomi maju G7 selama seminggu.



Jepun mendukung jawatan presiden - yang disandang secara bergilir-gilir - pada tahun ini.



Pertemuan itu juga diadakan selang sebulan Jepun mengubah Strategi Keselamatan Nasional dengan cara menambah perbelanjaan bagi pertahanan hampir seganda, selain membeli senjata baru sebagai respons kepada serangan yang dijangka dari musuh.



Menurut Jepun, keselamatannya diancam oleh China, Korea Selatan dan Russia.



Perkara ini ditekankan lagi dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Washington dan Tokyo, kelmarin.



"Wilayah Indo-Pasifik berdepan dengan cabaran yang meningkat, dari tindakan China yang bercanggah dengan aturan antarabangsa berdasarkan undang-undang, ke perbuatan provokasi oleh Korea Selatan.



"Sementara itu, di Eropah pula, Russia sedang meneruskan peperangan kejam dan serangan ke atas Ukraine," kata kenyataan itu.



Menambah, kenyataan itu berkata:



"Landskap ini menuntut supaya Amerika dan Jepun terus memperkukuh keupayaan individu dan bersama."



Sementara itu, Encik Biden menekankan lagi komitmen kukuh Amerika terhadap pertahanan Jepun dan kededua Encik Biden dan Encik Kishida mengarahkan menteri masing-masing untuk memperkukuh kerjasama dalam membangun dan melaksanakan dengan berkesan keupayaan pertahanan Jepun.



Encik Kishida berkata Jepun dan Amerika sedang menghadapi sekitaran keselamatan yang paling mencabar dan paling rumit dalam sejarah baru-baru ini.



Beliau berikrar supaya kededua negara mendukung peranan lebih besar di peringkat rantau dan juga di peringkat dunia; dan menekankan kededua negara berkongsi nilai-nilai asas seperti demokrasi dan undang-undang.



Kededua pemimpin juga mengecam perbuatan Russia menyerang Ukraine dan berkata penggunaan sebarang senjata nuklear di Ukraine oleh Russia adalah perbuatan yang menentang kemanusiaan dan tidak boleh dibenarkan.



Washington dan Tokyo juga berjanji untuk bekerjasama dalam bahagian keselamatan ekonomi, termasuk melindungi dan memasarkan teknologi genting seperti semikonduktor - satu keutamaan bagi Amerika yang sedang cuba mengadang China daripada peralatan utama bagi membuat cip semikonduktor.



Mereka juga berikrar untuk memperkukuh rantaian bekalan dalam kalangan rakan kongsi berfikiran serupa supaya dapat menangani ancaman seperti pemaksaan ekonomi serta amalan dan dasar yang tidak selaras dengan kebiasaan dalam pasaran, yang merujuk kepada China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >