Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Jepun ingin sertai projek rel laju S'pura-KL

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Jepun ingin sertai projek rel laju S'pura-KL

Dec 15, 2015 | 04:43 PM

TOKYO: Jepun berharap untuk menjual kereta api lajunya kepada projek rel laju Singapura-Kuala Lumpur, selepas negara itu berjaya mengatasi China dalam projek rel laju India bernilai AS$15 bilion ($21 bilion).

Ini sekaligus dapat menawarkan peluang kepada syarikat-syarikat seperti Hitachi Ltd hingga Mitsubishi Heavy Industries Ltd meneroka pasaran baru dalam projek Singapura-KL itu.

Pemerintah Jepun menyokong rancangan tersebut, kata Menteri Pengangkuta Keiichi Ishii hari ini, Selasa.

Menurutnya, kerjasama antara pemerintah dengan para pemimpin perniagaan penting dalam memenangi projek di India itu minggu lalu.

Jepun merupakan negara pertama yang mula membina kereta api laju lebih setengah kurun lalu.

Ia kini sedang meningkatkan usaha untuk mengeksport teknologi kereta api lajunya bagi memenuhi ikrar Perdana Menteri Shinzo Abe dalam meningkatkan eksport prasarana kepada 30 trilion ($349.7 bilion) menjelang 2020.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3