Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir di Jerman korbankan nyawa 12 insan kurang upaya di rumah jagaan

Jul 18, 2021 | 06:05 PM



SINZIG, JERMAN: Jika bencana banjir yang melanda Jerman menyentak emosi anda, bayangkan betapa remuk redamnya bandar kecil Sinzig antara sungai Rhine dan Ahr menyusuli kejadian itu.



Banjir tersebut mengorbankan lebih 150 nyawa dengan ratusan penduduk lain hingga ke hari ini masih hilang. Namun, 12 orang yang meninggal di kota Sinzig membuatkan seisi negara tersentak dek tragedi yang sebenarnya dapat dielakkan jika wujud amaran banjir yang dipatuhi.



Seramai 12 orang ini merupakan penduduk kurang upaya sebuah rumah jagaan, The Lebenshilfe Haus, sepanjang kawasan perumahan Pestalozzi Street. Mereka sedang tidur dalam jagaan seorang pengawal keselamatan di rumah itu apabila banjir kilat melanda awal pagi Khamis (15 Julai) menyebabkan mereka terperangkap dan lemas di tingkat pertama rumah jagaan itu. 



Jiran tetangga dapat mendengar teriakan penghuni kurang upaya itu tetapi pekerja bantuan kecemasan hanya mampu menyelamatkan 24 penduduk di tingkat lebih tinggi sekitar tiga jam selepas itu untuk membawa mereka keluar dari jendela dan menyeberangi banjir dengan bot kecil.



"Setiap mangsa yang mati adalah satu tragedi. Namun, apabila mengenangkan penduduk kurang upaya dari rumah jagaan ini, saya terasa sangat sebak. Ia kesedihan yang cukup istimewa dan dikenang sampai bila-bila," kata Cik Tabera Irrle, 23 tahun, seorang pemandu kereta api yang datang ke Sinzig bagi membantu membersihkan hakisan sampah-sarap yang tinggal selepas banjir tersebut.



Cik Irrle mengelap matanya dengan tangan yang berlumpur.



Di sekelilingnya, penduduk bandar itu sedang membantu bomba menterbalikkan sebuah kereta Volkswagen merah yang menghadang jalan sementara yang lain mengangkat alat barbeku di atas longkang agar apabila air banjir dibuang, objek lebih besar tidak akan terhempas ke dalam sistem kumbahan bandar itu.



Dominik Gasper, 17 tahun, sedang membantu ibu bapanya dan bapa saudaranya membersihkan lumpur dan barangan yang musnah di rumah datuk dan neneknya di Dreifaltigkeitsweg, sebatang jalan berhampiran rumah jagaan itu. Menurutnya, beliau tahu tentang pemergian 12 insan istimewa itu.



"Kejadian ini sangat teruk. Kita tak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku. Mujurlah, datuk dan nenek saya selamat. Tiada yang cedera tetapi besmen mereka penuh air," katanya.



Datuknya Klaus Rams dan neneknya Anna Rams menyifatkan diri mereka bertuah terselamat dari bencana itu tetapi ketika ditemui berada dalam keadaan tidak tentu arah dan penat. Tubuh mereka diselaputi lumpur.



Air setinggi tujuh meter mula membenamkan bandar Sinzig, paras air tetinggi dalam masa seabad, kata datuk bandar kota itu, Encik Andreas Geron. Menurutnya trak bomba cuba memberi amaran kepada penduduk sekitar Rabu tetapi hanya beberapa orang mendengar amaran itu.



Dua lagi penduduk Sinzig mati di kota seramai 20,000 orang itu manakala jambatan di atas Sungai Ahr yang baru sahaja diubah elok runtuh.



Pengerusi Lebenshilfe, Encik Ulrich van Bebber, menjelaskan rumah jagaan itu dibina sejak 27 tahun lalu sebagai rumah kediaman pertama buat golongan kurang upaya di rantau itu.



"Kami semua terkejut dan tentunya sedih dengan kejadian ngeri ini. Kami kini berusaha menjaga sebaiknya mereka yang terselamat dan terasa trauma kejadian ini. Kami ingin kekalkan Lebenshilfe Haus sebagai kemudahan perumahan golongan kurang upaya dan jika perlu, membinanya semula," tambahnya. - Agensi berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >