Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

JANGKITAN COVID-19 DI DUNIA

Jerman tak lagi guna kadar jangkitan bagi tentukan sekatan

Aug 25, 2021 | 05:30 AM



BERLIN: Jerman memutuskan berhenti menggunakan kadar jangkitan koronavirus Covid-19 sebagai kayu ukur dalam memutuskan apakah sekatan patut dikuatkuasakan bagi membendung penularan virus tersebut, kata Canselor Jerman Angela Merkel kelmarin.



Kadar jangkitan sepanjang tujuh hari merupakan langkah utama dalam menentukan apakah sekatan akan dikenakan atau ditarik balik, dengan kadar jangkitan 35, 50 dan 100 dalam 100,000 orang mencetuskan pembukaan atau penutupan bahagian berbeza dalam masyarakat di negara itu.



Namun, sedang jumlah mereka yang telah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya semakin meningkat, permintaan agar kadar jangkitan tidak digunakan sebagai langkah menentukan apakah perintah berkurung sesuatu yang diperlukan telah meningkat.



"Kami memutuskan hari ini bahawa kami tidak lagi memerlukan langkah perlindungan menyeluruh apabila jumlah kes atau kejadian sebanyak 50, kerana sebahagian besar orang telah diberi vaksin," kata Cik Merkel.



Pemerintah dan negeri bersekutu sebaliknya akan memantau kemasukan ke hospital sebagai penunjuk utama apakah sistem kesihatan sedang dibebani berlebihan, katanya.



Beliau menambah bahawa Berlin akan membincangkan cara menentukan langkah baru itu dalam satu perbincangan dalam beberapa minggu mendatang bersama 16 perdana menteri negeri, yang bertanggungjawab bagi dasar kesihatan.



Jerman melaporkan 3,668 jangkitan baru Covid-19 kelmarin dan kadar kejadian sepanjang tujuh hari ialah 56.4, menurut Institut Robert Koch bagi penyakit berjangkit.



Kira-kira 59 peratus penduduk telah menerima vaksin sepenuhnya, dengan sekitar 64 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.



Cik Merkel berkata lebih ramai warga Jerman patut diberi vaksin sekarang untuk melindungi sistem kesihatan daripada dibebani berlebihan sewaktu gelombang keempat jangkitan yang mungkin berlaku lewat tahun ini.



"Kadar vaksinasi kami belum cukup tinggi lagi," katanya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >