DAMSYIK: Jet tempur Syria melancarkan lebih 150 serangan udara di utara Aleppo dalam tempoh 24 jam sejak Jumaat lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh.
Serangan besar-besaran itu merupakan usaha tentera pemerintah mahu menawan semula bandar berkenaan yang dikuasai kumpulan penentang, tetapi Al Jazeera melaporkan bahawa kebanyakan bangunan yang musnah adalah prasarana perkhidmatan kecemasan serta perlindungan bawah tanah yang digunakan orang awam.