Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

JI rancang lancar serangan semasa tempoh hari kemerdekaan Indonesia 

Aug 20, 2021 | 09:20 PM



JAKARTA: Kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang bertanggungjawab bagi serangan bom di Bali merancang melakukan serangan ganas semasa sambutan hari kemerdekaan Indonesia minggu ini, menurut polis pada hari ini. 



Menurut mereka, beberapa suspek telah ditahan dalam serbuan yang dilakukan ke atas kumpulan militan tersebut.



Pasukan anti pengganas Indonesia telah mengumpulkan seramai 53 individu yang disyaki pelampau di beberapa wilayah Indonesia dalam tempoh minggu lalu, menurut pihak berkuasa. 



Beberapa suspek mengaku bahawa organisasi mereka, Jemaah Islamiyah (JI), telah merancang untuk menyerang semasa tempoh percutian itu awal minggu ini, katanya. 



“JI telah merancang serangan semasa hari kemerdekaan, menurut beberapa suspek,” kata jurucakap polis nasional Argo Yuwono kepada pihak media di Jakarta. 



Encik Yuwono tidak mengulas lanjut mengenai rancangan serangan itu tetapi berkata pihak polis telah merampas senjata dan peluru dari suspek, yang pada awalnya ditahan atas tuduhan membiayai kumpulan berkenaan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >