SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Johor namakan laksa Johor, otak-otak sebagai sajian warisan

Johor namakan laksa Johor, otak-otak sebagai sajian warisan

Sep 23, 2023 | 2:54 PM

Johor namakan laksa Johor, otak-otak sebagai sajian warisan

SAJIAN WARISAN: Makanan laksa Johor (gambar), telur pindang dan otak-otak yang menjadi kegemaran ramai, diumumkan sebagai makanan warisan negeri Johor.
SAJIAN WARISAN: Makanan laksa Johor (gambar), telur pindang dan otak-otak yang menjadi kegemaran ramai, diumumkan sebagai makanan warisan negeri Johor. - Foto FB Johor Tourism

JOHOR BAHRU: Otak-otak, laksa Johor dan telur pindang telah diwartakan sebagai makanan warisan Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Kebudayaan negeri, Encik  K. Raven Kumar berkata kerajaan Johor melalui Yayasan Warisan Johor sedang meneliti senarai makanan untuk memilih lebih banyak hidangan bagi mewakili negeri itu.

Antara hidangan istimewa di negeri selatan Malaysia itu ialah mi rebus, kacang pool, lontong kering dan beriani gam. 

“Sajian yang kita pilih mesti memenuhi beberapa kriteria. Masakan mestilah unik dan asli dari Johor.

“ Ini penting supaya apabila orang ramai merasa makanan itu, mereka segera mengaitkannya dengan negeri itu,” kata Encik Raven ketika dihubungi.

Minggu lalu, Selangor mengumumkan rancangannya untuk mewartakan sate sebagai makanan warisannya.

Pengerusi Perbadanan Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Selangor, Encik Borhan Aman Shah dipetik sebagai berkata sate, walaupun terdapat secara meluas di seluruh negara, paling popular di daerah Selangor, Kajang.

Mengenai perkara lain, Encik Raven berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan kementerian dan syarikat penerbangan berkaitan untuk menambah bilangan laluan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

“Berdasarkan data, Johor menerima jumlah pelancong asing yang tinggi antara lain dari China, India, Jepun dan Korea Selatan.

“Industri pelancongan kami bertambah baik dan kami mahu ia menjadi lebih baik. Sebab itu kami mahu menambah laluan udara,” tambahnya.

Encik Raven berkata pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mempunyai penerbangan ke Ho Chi Minh City di Vietnam, Bangkok di Thailand, Jakarta dan Surabaya di Indonesia, serta Guangzhou di China.

“Kami sedang melihat untuk membuka lebih banyak laluan ke China dan India,” tambahnya. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg