Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Johor perlukan 2,000 sukarelawan digerak pascabanjir

Mar 07, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor telah membuat rayuan mahu mendapatkan lebih 2,000 sukarelawan untuk membantu membersihkan kediaman dan kemudahan awam apabila banjir yang melanda negeri itu surut.



Encik Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, berkata kini terdapat 255 anggota Sukarelawan Selatan (SV) membantu pasukan dan agensi bantuan di pusat pemindahan.



Beliau berkata keadaan masih belum stabil, tetapi pihaknya telah merancang ke arah usaha pembersihan.



"Kami perlukan kira-kira 2,000 sukarelawan di seluruh negeri.



"Kami telah mengedarkan 1,050 kotak bantuan SV di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Baru, Muar dan Tangkak.



"Kira-kira 600 kotak SV lagi akan dihantar ke Pontian, Kulai dan Mersing tidak lama lagi," katanya, lapor New Straits Times.



Beliau berkata demikian selepas melawat pusat pemindahan di balai raya Sungai Tiram yang menempatkan 114 orang daripada 41 keluarga.



Encik Hairi berkata pihaknya memerlukan bekalan lain seperti bantal, tilam, selimut, kit perubatan dan makanan ringan untuk diedarkan di pusat-pusat tersebut.



Beliau merayu orang ramai, persatuan dan badan bukan kerajaan supaya menyalurkan bantuan itu.



"Saya harap rakyat Johor dapat bersatu dan mengumpulkan sumber untuk membantu rakan kita yang dilanda banjir.



"Jika kita tidak dapat membantu dari segi dana, maka hulurkan bantuan dari segi membantu dalam usaha bantuan banjir.



"Saya juga menyeru Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyegerakan penghantaran peralatan lain, seperti jet air.



"Beliau akan turun padang untuk menilai keadaan. Saya yakin semua rayuan bagi bantuan dan peralatan akan dipertimbangkan," kata Encik Hairi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >