Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Johor permudah perjalanan untuk pengundi dari S’pura sempena Pilihan Raya Kecil

Sep 05, 2023 | 02:18 PM



JOHOR BAHRU: Johor akan memudahkan perjalanan bagi para pengundi negeri itu di Singapura untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, pada Sabtu ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata tidak akan ada sebarang lorong khas sama ada di Tambak Johor atau Linkedua pada hari pengundian.

“Ini kerana kita tidak mahu mereka yang bukan pengundi mengambil kesempatan di (mana-mana) lorong khas... di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

“Bagaimanapun, kita akan pastikan semua kaunter di kedua-dua BSI dan KSAB beroperasi sebelum dan semasa hari pengundian,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

“(Nasihat masa) adalah untuk mengelakkan (pengundi) terperangkap selama berjam-jam di Tambak dan Linkedua kerana Sabtu biasanya masa sibuk dengan rakyat Singapura menyeberang masuk ke Malaysia pada hujung minggu,” tambahnya, dipetik oleh akhbar The Star.


Kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, kosong berikutan kematian wakil rakyat, Datuk Seri Salahuddin Ayub, menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, pada 23 Julai.

Pilihan raya ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), calon Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.

Kempen untuk PRK itu tamat pada 11.59 malam pada Jumaat ini.

Sementara itu, dua pusat pengundian awal bagi PRK itu dibuka pada pagi Selasa di Balai Polis Kempas di Kempas dan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi.

Proses pengundian awal itu membabitkan seramai 927 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis yang menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >