JOHOR BAHRU: Terdapat masalah awal berkaitan pendaftaran dalam talian kenderaan asing bagi Kenderaan Permit Masuk (VEP), akui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Kementerian Pengangkutan sedang menangani isu-isu itu sejak pendaftaran bermula pada 15 Ogos, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) jabatan itu, Datuk Arifin Che Mat.
Difahamkan JPJ Johor menerima lebih sedozen pertanyaan mengenai pendaftaran dalam talian setiap hari.
Ditanya apakah kios telah disediakan Koswe atau Laluan Kedua untuk orang ramai mendaftar, Datuk Arifin berkata dalam satu acara di Johor Bahru semalam bahawa ini akan dilakukan pada masa akan datang.
Sebelum ini, kementerian itu mengumumkan bahawa pendaftaran VEP boleh dilakukan hanya di laman www.jpj.gov.my/vep bagi menggalak transaksi dalam talian. - The Star/Asia News Network)